Cikgu mengamuk sebelum berbuka puasa, mak ayah sibuk tanya pasal kerja sekolah anak


  • Massa
  • Rabu, 27 Mac 2024

Hantaran mesej dikongsikan oleh seorang guru yang berang melihat sikap ibu bapa terlalu memanjakan anak dalam melaksanakan tugasan sekolah.

SEORANG guru meluahkan rasa berang terhadap sikap tidak peka sesetengah ibu bapa berhubung notis tugasan sekolah anak-anak yang sudah diberikan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Zulaikha Mohamad pada Isnin, terdapat beberapa mesej daripada ibu bapa bertanyakan tentang tugasan anak mereka menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, ada juga segelintir ibu bapa seolah-olah menyelamatkan anak mereka yang tidak menyiapkan tugasan diberi oleh guru.

BACA LAGI: Jetama berjaya kutip 12.1 tan sisa sampah, bersihkan dasar laut di 3 pulau Sabah

434095031_10229437120046641_3343984353725987042_n

Antara mesej yang diberikan ibu bapa di dalam aplikasi itu. — Facebook

Tidak dapat menahan sabar selepas melihat perbualan tersebut, Zulaikha bertindak memberi peringatan dan amaran kepada mereka agar tidak mengulangi perkara sama.

"Dari hari ke hari selalu tanya pasal kerja sekolah anak di group WhatsApp kelas.

"Sekali dua boleh tahan lagi, masuk part dia enable dan validate tindakan anak dia yang tak siap kerja sekolah, aku dah mula terbakar di bulan Ramadan yang tiada syaitan ini.

"Kalau diperhatikan, tiada langsung perkataan maaf dan terima kasih setiap kali bertanya pasal homework. Lepas tu, suka hati nak tanya pukul berapa tanpa ada common sense melanggar waktu privasi orang ke apa. Betul-betul menguji iman aku yang senipis kulit bawang ni," luahnya.

Katanya, tindakan itu bukanlah bertujuan untuk menunjukkan lagak sebagai seorang guru, sebaliknya mahu memberi pengajaran buat para ibu bapa supaya mempunyai rasa hormat sesama manusia.

BACA LAGI: 'Ukur baju di badan rakyat', kerajaan, pemaju diminta bina rumah ikut kemampuan semasa

433941768_10229437120846661_7356965606508093097_n

Amaran yang diberikan oleh guru berkenaan. — Facebook

Dia juga yakin bahawa perkara tersebut tidak berlaku kepada semua golongan itu serta percaya masih ada yang bertanggungjawab dan peka terhadap tugasan sekolah anak-anak.

"Maaflah, aku tak pukul rata sebab aku percaya masih ramai parents yang ada common sense dan tak memanjakan sampai merosakkan anak sendiri.

"Dah mintak cikgu beritahu homework dalam group, bila cikgu update, masih separuh kelas jugak tak siap kerja," katanya.

Jelasnya, dia terpaksa menyuarakan perkara itu demi memastikan murid dapat berdikari daalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

Sementara itu, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan guru tersebut dan ada juga berpandangan bahawa ibu bapa perlu membuat kumpulan mesej berasingan dengan guru dan murid.

"Betul cikgu saya setuju. Kami parents buat group asing untuk kerja sekolah anak ke reminder ke. Tak ganggu kumpulan kelas.

"Hanya untuk update kedatangan dan sebagainya," komen Owh Dydiana.

"Bagus cikgu, saya sokong," tulis Nurulakmal Nawawi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram