Bangkit lepas 2 kali ketinggalan, skuad futsal negara raih gelaran 'king of comeback'


  • Podium
  • Ahad, 24 Mac 2024

Pasukan negara menyertai kejohanan yang menyaksikan empat pasukan bersaing untuk gelaran juara. — Facebook/FAM

PASUKAN futsal negara meraih keputusan seri dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Futsal NSDF menentang Afghanistan di Nonthaburi, Thailand pada Ahad.

Malah, aksi itu menyaksikan kebangkitan cukup bersemangat daripada skuad kebangsaan selepas ketinggalan sebanyak dua kali.

Gol daripada Reza Hossein Poor (m'10) dan Mehram Ghulami (m'19) menyaksikan pasukan negara berada di belakang pada babak pertama.

Bagaimanapun, semangat tidak luntur dipamerkan anak-anak buah Rakphol Sainetngam apabila mereka mengikat kedudukan menerusi gol Mohamad Awalluddin (m'30) dan Ahmad Harith Naim (m'34).

Mehrem sekali lagi meletakkan Afghanistan pada minit ke-39 permainan, namun skuad kebangsaan berjaya mengelak kekalahan setelah Awalluddin menjadi wira negara.

Jaringan lewatnya pada minit ke-40 menyaksikan keputusan seri direkodkan pasukan futsal negara dalam kejohanan satu peringkat itu.

BACA LAGI: Forestieri ajak futsal JDT 'friendly', siap dah tubuhkan team sendiri

432784059_923634503103175_3715199811792928436_n

Keputusan seri berharga diraih skuad kebangsaan dalam aksi menentang Afghanistan.

BACA LAGI: 'On track' jadi raja futsal lepas tawan skuad kebangsaan, JDT kena label pasukan mi segera

Keputusan terbabit turut membuatkan rata-rata penyokong sukan itu cukup berbangga dengan kebolehan skuad kebangsaan ketika ini.

"Afghanistan memang hebat dalam futsal. Mereka baru sahaja layak ke Piala Asia Futsal selepas tewaskan Arab Saudi 3-2 dan seri dengan Indonesia 7-7. Jadi, Malaysia kira hebat dapat seri ni," kata M Amirul Azlan.

"Kalau pasukan dari Timur Tengah sana, semua memang hebat dalam sukan ini. Alhamdulillah, Malaysia pamer kebangkitan untuk ikat 3-3, nampak perubahan positif," kata Aim Iivi.

"Bila coach itu bagus, barulah pemain berkualiti terpilih. Dahulu, futsal tidak begitu mencuri perhatian dan kerana itulah jurulatih lama dapat kekal tanpa sebarang kejayaan," kata Ahmad Shuhaimi.

Satu lagi perlawanan menyaksikan tuan rumah, Thailand berdepan Australia di venue sama dengan pemenang mempunyai peluang cerah ke peringkat akhir.

Kejohanan NSDF Futsal dianjurkan sebagai persiapan untuk Piala Asia Futsal 2024 yang bakal berlangsung dari 17 sehingga 28 April di Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram