BUNYI deruman kuat dipercayai terhasil daripada enjin jet pejuang menimbulkan keresahan dan persoalan terhadap penduduk di Perlis, Kedah pada awal pagi Khamis.
Bunyi tersebut dikatakan sangat kuat sehingga mengejutkan orang ramai pada pukul 1.30 pagi.
Menerusi beberapa perkongsian warga Facebook, rata-rata membuat spekulasi bahawa bunyi kuat itu disebabkan jet pejuang sedang melakukan penerbangan rendah di kawasan berhampiran rumah mereka.
BACA LAGI: Subsidi tepung tamat, roti canai RM3 sekeping antara 4 menu mungkin mencanak harga tak masuk akal
Luahan warga Facebook berhubung kejadian itu.
Salah seorang pengguna akaun Saya Orang Jitra 2 memuat naik hantaran mengatakan bahawa dia menerima informasi berkenaan perkara tersebut.
"Ada info jet pejuang lalu atas bumbung rumah pukul 1.30 pagi. Masalahnya terbang rendah sangat sampai terkejut sebab kuat sangat bunyi," tulisnya.
Pada masa sama, ada juga yang meluahkan rasa bimbang kerana dikhuatiri berlakunya insiden buruk di kawasan tersebut.
"Dup dap jantung kak Erma. Dengar kuat macam nak jatuh je," komen Nor Nazihah.
BACA LAGI: Pilihan masakan kampung hingga mi tarik, Food Network Summit USJ syurga penerokaan gastronomi!
Bunyi yang disangka datang daripada jet pejuang TUDM. — Gambar hiasan
Bukan itu sahaja, menurut pengguna akaun Fazlina Mohd Abu Bakar, bunyi tersebut juga didengari dengan sangat jelas kawasan rumahnya yang terletak di Jitr, Kedah.
"Di Jitra pun kuat bunyi. Masa tu tengah cuci pinggan, masak. Macam lalu atas bumbung dekat je bunyinya," katanya.
Sementara itu, terdapat juga dakwaan mengatakan bunyi tersebut berkemungkinan berpunca daripada latihan penerbangan Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Namun, sehingga kini, belum ada kenyataan dikeluarkan TUDM berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram