BARU memasuki hari ketiga Ramadan, sudah bermacam cerita kita dengar mengenai karenah peniaga bazar Ramadan.
Jika sebelum ini seorang pengunjung meluahkan rasa geram apabila pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan keras seperti kayu, berlainan pula kisahnya dengan Hadi Nor yang berasa tertipu dengan taktik peniaga air tebu.
Hadi berasa tertipu kerana jag yang digunakan lebih kecil dan diletakkan di belakang jag besar yang menjadi tarikan pelanggan.
Lelaki tersebut meluahkan rasa kecewanya melalui satu ciapan dia laman X (Twitter) pada Selasa.
BACA LAGI : Menu bazar selalu 'bakar line' pengunjung, netizen setiap kali Ramadan
Hadi mendakwa, peniaga yang menjual air tebu tersebut bijak kerana meletakkan satu jag air tebu di depan untuk menarik pelanggan membelinya dengan harga RM8.
"Air tebu kira macam mana bang?
" Peniaga kata satu jag RM8.
"Bagi satu jag la bang (rasa berbaloi)
"Rupanya satu jag dia, yang dalam gambar nombor dua itu. Bijak dia, jag juga.. tapi saiz kecil, letak belakang-belakang, jag besar letak depan," ciap Hadi menggambarkan situasinya pada waktu kejadian.
BACA LAGI : 'Kalau harga juadah mahal sikit, anggap sahaja sedekah buat peniaga bazar Ramadan'
Proses pembuatan air tebu bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. — Gambar Hiasan
Perkongsian Hadi itu turut tular di laman media sosial dan menjadi pendebatan dalam kalangan warga maya.
Seorang warga maya, Zalilawati Muhd Kastawi berpendapat peniaga tersebut berkemungkinan terlupa meletakan tanda harga.
"Mungkin dia lupa nak letak tanda harga atau mungkin dia terlupa nak letak jag kecil itu di depan.
"Mungkin juga dia baru lepas tapis masuk ke dalam jag besar sebelum tuang ke jag kecil. Husnuzon," katanya.
Tambahnya lagi, proses pembuatan air tebu bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama.
Asyraf Ezani pula berkata, harga air tebu yang dijual tersebut berpatutan.
"Semua benda nak murah susah juga, kalau betul cekik darah boleh nak kecam.
"Bagi saya, berbaloi dah tu. Dikira lagi pembelian tebu dan nak perah," tulisnya.
Sementara itu, Noraslamiah Ahmad mengecam tindakan peniaga tersebut.
"Saya rasa bukan masalah harga tetapi masalah tertipu nak meniaga letak harga dan kuantiti yang betul.
"Kalau jag besar tu harga RM10 sehingga RM15 pun rasa tak ada masalah kot sebab tau harga air tebu memang mahal," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram