[VIDEO] 'Tolong jumpa, libatkan OKU sebelum buat laluan khas'


  • Massa
  • Ahad, 17 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan OKU berkerusi roda yang sukar melintasi pembahagi jalan di pejalan kaki di Kuala Lumpur.

REKA bentuk laluan khas buat pengguna orang kurang upaya (OKU) di Malaysia dilihat menjadi satu isu berpanjangan tanpa penyelesaian efektif.

Sebelum ini, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan laluan OKU.

Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meletakkan pengadang atau rubber bollard di sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan golongan tersebut melalui kawasan jalan.

BACA LAGI: Ajaran Ayah Pin dihidupkan kembali?

000000005468_1d39eb0f_28ca_4b62_9ff3_ab28e511b670

Pengadang yang dibina untuk menghalang penunggang motosikal melalui pejalan kaki dan OKU.

DBKL menjelaskan bahawa tujuan utama pemasangan penghadang batu berkenaan adalah untuk menghalang motosikal dan penjaja mengambil kesempatan menggunakan laluan pejalan kaki tersebut.

Namun, terbaharu, terdapat isu lain yang dibangkitkan oleh para pengguna laluan OKU berkenaan reka bentuk pembahagi jalan yang mempunyai permukaan tinggi dibina di lintasan pejalan kaki di Kuala Lumpur.

Menerusi video dikongsikan di TikTok @braderwheelchair baru-baru ini, kelihatan sekumpulan lelaki OKU berkerusi roda menghadapi masalah untuk melintas jalan.

Beberapa orang awam di sekitar kawasan itu dilihat membantu mereka menolak kerusi roda untuk naik ke atas pembahagi jalan tersebut.

BACA LAGI: 'Sisi gelap' bazar Shah Alam, tak mustahil 13,000kg makanan membazir sepanjang Ramadan

Screenshot (501)

Rancangan pembinaan laluan khas perlu mendapat pandangan juga daripada pengguna OKU. — Gambar hiasan

Kedengaran juga suara pemilik video meluahkan rintihannya terhadap realiti yang terpaksa dilalui oleh pengguna OKU.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi apabila keluar dari pintu rumah.

"Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU, di mana ada kemudahan kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi yang betul," katanya.

Dia turut mencadangkan agar orang ramai dapat membantu menyebarkan video tersebut sehingga mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab.

"Anda rasa betul tak? Kalau betul minta tolong kongsi ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan yang sepatutnya," jelasnya.

Rata-rata warganet menyokong cadangan tersebut dan ada juga yang meluahkan rasa berang terhadap situasi menimpa golongan berkenaan.

Ada yang menyatakan bahawa faktor utama rekaan laluan tersebut dibina sedemikian disebabkan sikap pengguna lain yang sering mengambil kesempatan terhadap kemudahan itu.

"Motor banyak abuse laluan pejalan kaki dan OKU. Buat laluan pejalan kaki lebar sikit, nampak la motor bersidai kat situ parking. Tak pun buka khemah jadi gerai," @HilmiHimself.

"Punca memang pengguna motor sebab nak jalan pintas. Geng-geng OKU ni kena buat content yang bagi kesedaran kat orang awam," komen @H_Zaqwan96. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram