'Sisi gelap' bazar Shah Alam, tak mustahil 13,000kg makanan membazir sepanjang Ramadan


  • Massa
  • Sabtu, 16 Mac 2024

MySave Food @ Bazar Ramadan 2024 yang dilakukan oleh MBSA di sekitar kawasan Shah Alam bermula Khamis.

PEMBAZIRAN makanan ketika puasa bukan sahaja melibatkan pembeli, malah para peniaga terutamanya di bazar Ramadan terpalit dalam masalah tersebut.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertindak ‘menyelamatkan’ lebihan makanan sebanyak 429.8 kilogram (kg) dalam program MBSA MySave Food @ Bazar Ramadan 2024.

Program yang bermula pada Khamis itu menumpukan lokasi bazar Ramadan di Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19 Shah Alam, Selangor dan berlangsung pada hari bekerja sehingga 3 April.

431888449_735472572036449_2514361731983845765_n

Pihak MBSA yang mengagihkan lebihan makanan kepada individu memerlukan. — Facebook MBSA

“Untuk hari pertama sahaja, MBSA telah ‘menyelamatkan’ lebihan makanan sebanyak 429.8kg.

“Makanan lebihan yang telah dikumpulkan telah diagihkan ke Pangsapuri Melewar Seksyen U1, Politeknik Shah Alam, Surau Al Hijrah Pangsapuri Ken Rimba Seksyen 16 serta Flat Proton Seksyen 27 Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam program itu, para peniaga bazar di lokasi terlibat digalakkan untuk menghantar lebihan makanan yang tidak habis dijual ke khemah MBSA MtSave Food yang disediakan.

Makanan tersebut kemudiannya akan diberikan dan diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan itu.

Rata-rata warganet memuji usaha MBSA untuk menanggani masalah itu daripada terus berpanjangan.

"Siapa punya idea ni otak dia mmg geliga, bijak, setengah tan dapat bagi makan untuk yang memerlukan, semua pun dapat manfaat," komen Ahmad Faizal Murtadza.

"Terbaik, boleh agihkan makanan kawasan berdekatan," tulis Ct Zaleha Msh.

Bagaimanapun, angka lebihan makanan yang dinyatakan sebelum ini iaitu 429.8kg dijangka mencecah 13,000kg sebulan jika tiada sebarang tindakan seperti MBSA.

Lebih memburukkan keadaan apabila kesedaran mengurangkan pembaziran dalam kalangan masyarakat juga masih di tahap paling rendah walaupun usaha baik itu giat dilaksanakan pelbagai pihak. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram