[VIDEO] Ajaran Ayah Pin dihidupkan kembali?


  • Massa
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Imam Masjid Gong Pasir mendakwa gerakan Ayah Pin diwujudkan bagi mengembangkan kembali ajaran berkenaan.

RAKYAT Malaysia sekali lagi dikecohkan dengan khabar angin mengejutkan tentang kemunculan semula ajaran sesat yang sebelum ini pernah disebarkan dikenali sebagai Kerajaan Langit atau Ayah Pin.

Ajaran itu didakwa akan kembali dihidupkan di daerah Besut, Terengganu sekali gus menimbulkan kebimbangan jika ia tersebar dalam kalangan penduduk setempat.

Menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook Imam Muda Kulan dipercayai seorang pegawai masjid mendakwa, terdapat perkembangan terkini berkenaan gerakan ajaran tersebut.

BACA LAGI: 'Sisi gelap' bazar Shah Alam, tak mustahil 13,000kg makanan membazir sepanjang Ramadan

download (1)

Bangunan kuil yang dibina khas untuk penganut ajaran sesat itu.

Dia yang dikatakan bertugas sebagai imam di Masjid Gong Pasir, Besut itu memberitahu bahawa gerakan tersebut diwujudkan bagi mengembangkan kembali ajaran berkenaan.

"Ajaran Ayah Pin yang diwartakan sesat oleh kerajaan Terengganu pada 1997, kini didapati ada gerakan untuk dikembangkan semula di daerah Besut.

BACA LAGI: 'ALLAH pilih kami untuk ujian', anak pakcik baju biru mohon jangan kecam budak tarik kerusi

Bimbang dengan perkara tersebut, ramai yang tidak mahu perkara itu berlaku sehingga menyesatkan ajaran bercanggah dengan agama Islam.

"ALLAH, masih berkembang lagi rupanya. Harap tidak ada yang dipengaruhi oleh ajaran sesat tu. Banteras habis-habisan hingga ke akar umbi," komen Kembooja Merah.

Namun, ada pula dakwaan mengatakan tapak menempatkan ajaran yang dirobohkan kerajaan itu sentiasa dilawati penganut-penganutnya.

"Sebenarnya dah lama, tapak yang dirobohkan kerajaan dulu, setiap bulan ada geng-geng Ayah Pin yang datang melawat, yang peliknya golongan-golongan kaya, bukan cap ayam," dakwa Mohd Ezwan Abu Bakar.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram