Pekak dan bisu tak halang Anne berkarya sebagai pereka grafik di Ascott Malaysia


Azeana Azman merupakan seorang wanita inspirasi yang bekerja di pereka grafik di Ascot Malaysia.

SAMBUTAN Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac bagi menghargai perjuangan dan kejayaan golongan wanita di seluruh dunia.

Jika kita renungi kembali, insan bergelar wanita seperti ibu, kakak, adik perempuan, guru wanita dan sesiapa sahaja kaum Hawa dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan yang sangat penting.

Bersempena Hari Wanita Sedunia, pelbagai kisah inspirasi yang mampu membangkitkan semangat wanita di luar sana dikongsikan di media sosial.

Sebagai sebuah unit perniagaan penginapan yang dimiliki oleh CapitaLand Investment Limited (CLI), Ascott Malaysia menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang hospitaliti dan perhotelan.

Ascott Malaysia berkongsi cerita mengenai kegigihan salah seorang ahli pasukannya yang dianggap luar biasa, Azeana Azman atau lebih dikenali sebagai Anne.

BACA LAGI: 'Jangan sayang sangat', bahaya cili kering berhabuk jika dimasak

80867738

Ascott Malaysia merupakan tempat penginapan hartanah keempat yang beroperasi di Malaysia.

BACA LAGI: Kuat minum kopi boleh sebabkan tulang rapuh

Meskipun tidak memiliki kesempurnaan seperti orang lain, status Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mematahkan semangat Anne untuk berusaha keras sebagai pereka grafik di Ascot Malaysia.

Malah, Anne dikenali sebagai wanita yang memiliki daya tahan, bakat dan kemampuan yang pelbagai di syarikatnya.

"Walaupun pekak dan bisu, dia memberi sumbangan yang luar biasa kepada pasukan pemasaran, perhubungan awam dan komunikasi," kata Ascott Malaysia menerusi hantaran di Linkedin.

Tidak hanya itu, Anne seorang yang kreatif dan memiliki kemampuan berkomunikasi melalui hasil kerjanya tanpa terjejas oleh perbezaan linguistik.

"Setiap projek yang dibuat diselitkan dengan semangat, ketepatan dan perspektif unik yang mampu bagi memberi motivasi kepada semua.

"Anne adalah ahli pasukan yang berharga kepada kami kerana dia sentiasa mengingatkan bahawa kekuatan sebenar datang daripada menerima keunikan satu sama lain dan menghargai kemahiran istimewa yang dibawa oleh setiap orang," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram