HASRAT penyokong Terengganu FC (TFC) menyaksikan kepulangan pemain kelahiran England, Lee Tuck tidak tercapai dalam jendela perpindahan kali ini.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Mohd Sabri Abas, pemain naturalisasi terbabit tidak berada dalam perancangan kelab.
Meskipun pernah memberi sumbangan sepanjang tiga musim bersama skuad Sang Penyu, hala tuju berbeza musim depan menyaksikan pintu kepulangan itu ditutup.
Perkhabaran berkenaan pasti membuatkan rata-rata penyokong kecewa atas keputusan pihak pengurusan kerana berasakan Lee Tuck masih merupakan seorang pemain berkualiti.
Selain itu, dia yang sudah menerima status naturalisasi pada 2022 akan menyaksikan kuota import tidak terkesan jika perpindahan itu dimeterai.
BACA LAGI: Baju latihan Terengganu diciplak, Al-Ikhsan tak lantik ejen, lambang jadi bukti jersi ori
Lee Tuck pernah beraksi buat Terengganu FC beberapa musim. — Agensi
Namun, perkara berbeza pula berlaku apabila rata-rata penyokong di media sosial berpendapat keputusan itu tepat kerana permintaan gaji yang tinggi.
"Dahulu, ketika Terengganu FC mahu sambung kontrak, tidak mahu kerana minta gaji terlampau tinggi, lari pergi pasukan lain sehingga tidak sempat habis musim.
"Ini, apabila tiada sesiapa mahukannya, terhegeh-hegeh pula dia nak pulang. Hidup ini jangan terlalu tamak jika mahu bertahan lama," kata Ahmad Mustaqim.
"Coach Tomi sudah ada taktikal dan pemain sendiri, dia bukan jenis jurulatih yang hanya tangkap muat setiap kali mahu dapatkan pemain," kata M F Ibn Jalil.
Ketika ini, Lee Tuck tidak lagi bergelar pemain bola sepak profesional setelah memilih untuk menceburi bidang hartanah di England di samping isterinya.
Jadi, sekiranya diberikan peluang berpatutan, dia yang kini berusia 35 tahun akan menerimanya dengan kelab Liga Super selain Terengganu FC merupakan antara destinasi munasabah.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hoki ada Anugerah Puskas tak?', gol legenda Terengganu sama ‘hype’ macam Faisal Halim
Skuad Sang Badak boleh diangkat sebagai salah satu destinasi terbaik buat Lee Tuck. — Facebook/Sabah FC
Antara yang dilihat masih berminat dengan Lee Tuck ialah penyokong Sabah FC yang berasakan pemain berkenaan mampu membawa ancaman terhadap pintu gol lawan.
"Kalau dia digandingkan bersama Ramon (Machado), bagus ni. Sepakan percuma padu, percubaan tepat dan skil individu juga cukup bagus," kata Harith Adam.
"Lebih baik Sabah ambil dia ni, mesti permintaan gajinya tidak terlalu mahal kerana dia sudah berjaya. Boleh jadi sandaran kepada Stuart Wilkin," kata Izzhar Saidin.
Sepanjang kariernya, Lee Tuck pernah beraksi bersama beberapa pasukan tempatan, termasuk Terengganu FC dan kelab terakhirnya, Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Kelincahan yang mengatasi usianya serta kemahiran dalam situasi bola mati membuatkannya sering dimahukan setiap kali jendela perpindahan dibuka.
Di samping itu, pemain kelahiran Halifax, England tersebut pernah beraksi buat skuad kebangsaan dengan tiga gol berjaya dijaringkannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram