[VIDEO] Tok Gajah putih mata, fans The Cats mahu Kuching City sign terus 3 tahun kontrak bekas bek PDRM


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Okwuosa (kanan) ketika mengawal ketat penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Bergson da Silva. — Facebook

BEKAS bek tengah PDRM FC, James Okwuosa sah menjadi milik Kuching City FC bagi membantu pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Meskipun sebelum ini Okwuosa pernah menafikan akan berhijrah ke pasukan Kuching City namun perkara tersebut ternyata benar selepas The Cats mengumumkan ketibaan bek tengah berusia 33 tahun di bumi Sarawak pada Sabtu.

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman rasmi Facebook itu, pastinya pasukan Sri Pahang FC terpaksa berputih mata apabila gagal mendapatkan khidmat bek kelahiran Nigeria itu.

Ia berikutan apabila sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa bahawa Okwuosa turut berada dalam radar skuad Tok Gajah selepas melepaskan dua pertahanan import mereka iaitu Michael Glassock dan Sherzod Fayziev.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?

BACA LAGI: [VIDEO] Harap macam Thiago Junior dan hebat 'goreng', fans Seladang restu Perak FC ikat bek Brazil

Kehadiran pemain berketinggian 1.88 meter itu jelas mampu menstabilkan pasukan The Cats selepas berjaya mengawal kemas benteng pertahanan PDRM yang dilihat sukar dibolosi pada pusingan kedua Liga Super 2023.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong The Cats mahu pihak pengurusan Kuching City menawarkan kontrak lanjutan tempoh masa panjang kepada Okwuosa.

"Keras dia ni, memang berbaloi, kalau boleh bagi tiga tahun kontrak terus," kata Muhammad Nurhakimi.

"Terbaik Kuching City, sudah tiba masanya stadium penuh, mantap James Okwuosa ni," kata Joshua Kana.

"Perghhh player ni yang paling ditunggu, Sri Pahang yang nak last-last Kuching City dapat," kata Shafiq Tawi.

Antara nama lain yang telah sah menyertai Kuching City ialah Tchetche Kipre, Rodney Celvin, Shahril Saari dan Shamie Iszuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram