MANCHESTER United dijangka mampu mencabar kejuaraan musim ini selepas kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Newcastle United 2-0 di Stadium Wembley, England, pada musim lepas.
Namun, keputusan itu dijangka berubah musim ini apabila prestasi yang kurang cemerlang ditampilkan oleh The Red Devils itu.
Antara perkara yang menyumbang ke arah itu ialah pasukan tersingkir awal dari saingan Liga Juara-Juara, gagal pertahankan Piala Liga Inggeris dan juga sukar bersaing untuk tempatkan diri di posisi empat terbaik Liga Perdana Inggeris.
BACA LAGI: Ada klu kata Terengganu bakal terima seorang lagi pemain bintang
Nama bekas pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann turut dipetik menjadi pilihan utama mengemudi Man United. —Agensi
BACA LAGI: Bantu Palestin layak 'round of 16' Piala Asia 2023, KUFC sambar Oday Kharoub
Perkara itu sekali gus meletakkan karier Erik Ten Hag sebagai pengurus Manchester United dalam bahaya.
Dalam pada itu, legenda England, Gary Neville, menjangkakan bekas pasukannya itu sudah pun buat keputusan berkenaan masa depan ten Hag susulan usaha pembaharuan Manchester United di bawah Sir Jim Ratcliffe.
"Saya berpendapat Sir Jim Ratcliffe dan Dave Brailsford sudah mengetahui jika Erik Ten Hag akan kekal untuk musim hadapan atau tidak.
"Saya tidak percaya mereka akan menunggu hingga Mei untuk membuat keputusan itu," katanya.
Susulan itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kemungkinan besar Man United sudah mula mencari pengganti jika posisi Ten Hag dikosongkan.
Bekas pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, dikatakan sebagai pilihan utama untuk menerajui Manchester United musim hadapan.
Bukan sahaja nama Nagelsmann dipetik malah legenda Man United, Rio Ferdinand berpendapat bahawa Mikel Arteta akan meninggalkan Arsenal untuk menjadi pengurus di Old Trafford. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram