[VIDEO] Hanya 13 minit ledak hatrik di Liga Thai, taktikal Nafuzi mungkin faktor Willian Lira tak function bersama Kedah


  • Podium
  • Isnin, 26 Feb 2024

Lira sudah meledak 12 gol dalam 19 aksi Liga 1 Thailand setakat ini. — Instagram/WillianLira

WILLIAN lira, seorang import kelahiran Brazil yang pernah menabur bakti bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC selama enam bulan sebelum memilih untuk berhijrah ke saingan Liga Thailand.

Penyokong Hijau Kuning pasti masih mengingati penyerang import itu walaupun harus diakui musimnya bersama Kedah tidaklah cemerlang seperti yang diinginkan penyokong.

Sepanjang menyarung jersi KDA FC selama setengah musim, Lira berhasil menjaringkan lapan gol dan dua hantaran bantuan dalam 14 perlawanan Liga Super dia diturunkan.

Namun, penghijrahannya ke bumi Thailand sememangnya mengubah karier Lira menjadi lebih positif selepas dia dilihat banyak memberi sumbangan kepada Chonburi FC dalam masa lapan bulan ini.

Menerusi perkembangan terbaharu yang dikongsi oleh laman Facebook, SNE Sport, penyerang berusia 30 tahun itu menjadi wira pasukan apabila meledak hatrik dalam tempoh 13 minit buat Chonburi FC.

BACA LAGI: Andai bersatu semula jika kapten Kedah berhijrah, Sang Kenari kena fikir masak-masak sebelum 'ikat' Liridon

BACA LAGI: Kapten Kedah bakal ikut SD TFC ‘u-turn’ ke Pantai Timur?

Lira yang sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan Liga Jepun, Venforet Kofu itu meledak tiga gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Sukhothai FC bagi saingan Liga 1 Thailand pada Ahad di Stadium Chonburi UTA, Chonburi, Thailand.

Hatrik dari Lira itu bukan sahaja meraih pujian daripada penyokong Chonburi, malah peminat bola sepak domestik turut memuji mutu permainan yang ditampilkan pemain berkenaan.

Tidak kurang juga ada penyokong yang berpendapat bahawa corak permainan Nafuzi Zain mungkin menjadi punca Lira kurang memberi impak kepada bahagian serangan Kedah pada pusingan pertama Liga Malaysia 2023.

“Peranan dia tidak kena dengan taktikal jurulatih semasa bersama Kedah,” kata penyokong Kedah, Nuzrul Farhan Nordin.

“Awal-awal musim sahaja dia kurang menjadi. Elok Lira dah dapat form, Kedah pergi tukar pula dengan Ifedayo,” bagi peminat KDA FC, Aizzat Assyakirin.

Hasil sumbangan Lira itu berhasil memberi tiga mata penuh buat Chonburi dan kini pasukannya menghuni kedudukan ke-10 liga selepas mengharungi 19 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram