Hamidin sudah jawab isu padang SNBJ, fans beri bayangan venue aksi HM-Oman beralih ke SSI


  • Podium
  • Isnin, 26 Feb 2024

SSI menjadi antara pilihan venue alternatif sekiranya keadaan padang di SNBJ tidak mengizinkan bagi aksi Harimau Malaya menentang Oman. — Facebook/JDT

STADIUM Sultan Ibrahim (SSI) di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Terengganu menjadi dua pilhan utama sebagai venue alternatif sekiranya padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) rosak akibat konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada Sabtu lalu.

Dua nama stadium itu dicadangkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menerangkan bahawa ia adalah pelan sandaran untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya menentang Oman pada 26 Mac ini.

Sebelum konsert penyanyi dari England itu berlangsung pada Sabtu, penyokong bola sepak tanah air sudah awal melontarkan kebimbangan mereka mengenai keadaan padang terutama selepas pentas konsert itu dibina di tengah-tengah kawasan padang SNBJ.

Oleh itu, Hamidin berkongsi bahawa badan induk berkenaan akan melihat keadaan padang pada awal Mac dan sekiranya rosak, alternatif tersebut akan dilakukan bagi mengelak hal lebih buruk berlaku.

'Kalau padang SNBJ tak ok pada 1 Mac, kita main padang lain lawan Oman,” katanya memetik laporan dari Stadium Astro.

BACA LAGI: [VIDEO] Rumput SNBJ 'barai', SSI kena petik jadi penyelamat aksi HM lepas 'azab' konsert Ed Sheeran

isi dalam SNBJ

Ed memilih kawasan tengah SNBJ sebagai pentas untuk menghiburkan kira-kira 80,000 pada Sabtu lalu. — Facebook/CeritaBolaMalaysia

BACA LAGI: Pacak pentas gergasi tengah padang, Ed Sheeran sekali lagi jadi punca rumput SNBJ ‘koyak rabak’, Hans Isaac tolong standby jawapan siap-siap

Walaupun sebelum ini pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah memberi jaminan permukaan padang tidak akan terkesan kerana mereka menggunakan khidmat tenaga pakar namun masih ramai yang mempersoalkan kualiti pasca konsert berkenaan.

Menjengah pada ruangan komen, ramai penyokong berpendapat bahawa SSI akan menjadi pilihan kerana jaraknya lebih dekat dari kem latihan induk di Lembah Klang dan rumput yang digunakan iaitu Zeon Zoysia juga persis seperti SNBJ.

“Kita tak boleh harapkan SNBJ sebab memang tempat buat konsert untuk jana pendapatan. Sebab itulah TMJ (Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris) dah bagi percuma dekat mana-mana negeri lain yang terdekat.

“Pastinya bantuan itu untuk buat padang baharu dengan saliran mantap supaya boleh anjurkan perlawanan Harimau Malaya,” kata penyokong skuad kebangsaan, Abd Fd.

“SSI mungkin jadi pilihan sebab dekat dengan KL (Kuala Lumpur) mudah nak bergerak,” bagi penyokong Harimau Malaya, Syukri Zaini.

Untuk rekod, SSI pernah gelanggang sementara mengadakan dua aksi persahabatan di SSI menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Mac 2023 sementara menunggu SNBJ siap diselenggara pada waktu itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram