[VIDEO] Lelaki OKU 'frust' terpaksa tunggu lama kat luar klinik sebab laluan dihalang kereta di Banting


  • Massa
  • Rabu, 21 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta yang memarkir di laluan pengguna OKU di hadapan sebuah klinik di Banting, Selangor baru-baru ini.

TINDAKAN pemandu tidak bertanggungjawab meletakkan keretanya di laluan Orang Kurang Upaya (OKU) di hadapan sebuah klinik di Banting, Selangor baru-baru ini mengundang kemarahan ramai.

Ia selepas video luahan dimuat naik seorang lelaki OKU yang terpaksa menunggu lama di luar klinik tersebut kerana tidak dapat melalui laluan khasnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Nahas 2 kenderaan Mazda, 3 parah lepas kereta rentung di Jambatan Kedua P. Pinan

msg1050426791-26051

Tangkap layar video memaparkan lelaki OKU berkenaan yang meluahkan rasa kecewanya ketika itu.

BACA LAGI : Wanita dipercayai OKU libas tali, cuba terajang penunggang lain di Pulau Pinang

Dalam video dikongsikan di Twitter (X) @druglordfxdl, lelaki tersebut dikatakan berada di lokasi itu kerana mempunyai temu janji bersama doktor.

"Kesian pakcik ni. Dia OKU, nak guna laluan OKU tak boleh sebab ada kereta halang laluan dia," tulis pengguna tersebut.

Melalui video sama, lelaki OKU berkerusi roda itu meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pemandu kereta jenis Perodua Myvi putih yang seolah-olah tiada sifat bertimbang rasa.

Katanya, dia sudah datang lebih awal namun tetap tidak dapat menunggu di dalam klinik disebabkan perkara itu.

"Sebelum itu memang tiada orang, aku yang terawal datang. Tapi lepas aku keluar kereta, aku tak boleh masuk sebab laluan aku ada kereta parkir pulak.

"Dia dah mengganggu, ada parkir banyak tapi kenapa di laluan itu juga mahu parkir," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana ada individu yang memberi bantuan kepadanya ketika itu.

"Nasib baik ada orang tolong daftarkan, bagi IC (kad pengenalan) dulu dalam klinik. Nanti kalau doktor panggil baru aku naik," luahnya.

Pada masa sama, dia mengharap agar waktu gilirannya dipanggil, pemandu kereta terbabit sudah mengalihkan kenderaan ke tempat lain.

"Harapnya dia tak lamalah ye. Jangan lama-lama, aku nak naik. Aku nak panjat pembahagi tu tinggi," tambahnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu kereta berkenaan kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling.

"Peka la sikit, otak kat mana," komen @JohareeJ.

"Ini mentaliti low class," tulis @BakrunHaedar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram