[VIDEO] Bazir masa hampir sejam hadap jalan jem, pemandu salahkan lambakan rumah warga asing di Segi Tiga Emas KL


  • Massa
  • Rabu, 21 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan rumah yang diduduki warga asing dikatakan menyebabkan jalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur sesak.

BERANG dengan kesesakan trafik, penduduk menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mengambil tindakan tegas terhadap penempatan warga asing di kawasan sekitar kawasan 'Segi Tiga Emas' iaitu Times Square, Sungai Wang dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @ohtweet pada Rabu, dia mendakwa bahawa warga tempatan yang memandu di kawasan terbabit terpaksa membazirkan waktu selama 30 minit hingga sejam disebabkan kesesakan itu.

BACA LAGI: Boleh ke pemilik IC merah miliki tanah di Malaysia?

Dalam ciapannya itu, dia menggesa agar DBKL memindahkan kediaman yang dipenuhi warga asing itu ke kawasan lain selain membuat penambah baikan di lokasi tersebut.

"Persimpangan Times Square, Sungai Wang, Bukit Bintang ni dah patut sangat buat sesuatu. Setiap hari warga kota membazir 30 minit hingga satu jam di sini sahaja.

"Elok pindahkan rumah-rumah tepi ni yang dipenuhi warga asing dan buat sesuatu yang lebih baik untuk semua," dakwanya.

Melalui video sama, kelihatan juga gambaran peta memaparkan kesesakan yang berlaku di kawasan itu.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa sesuatu yang lebih baik itu adalah seperti meluaskan jalan, membuat jejambat (flyover), bulatan besar dan sebagainya.

BACA LAGI: Membimbangkan, kes jenayah babitkan gelandangan tempatan dan warga asing di KL meningkat

Flyover-Railway-Over-Bridge-Survey1-min

Membina jejambat antara cara yang dicadangkan untuk menambah baik laluan di kawasan itu. — Gambar hiasan

Namun, ada sesetengah warganet yang dilihat tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.

"Tiba-tiba rumah yang ada warga asing situ pulak salah, Apo," komen @aaalifakmaal.

"Pindahkan rumah-rumah tu nanti yang terpaling bising orang kita juga. Konon pertahankan hak tanahlah apalah," tulis @ACAP6439.

Bukan sekadar itu, ada juga yang mempersoalkan tentang lambakan warga asing di Malaysia.

"Kenapa ramai warga asing? Dorang kerja mana? Siapa luluskan keberadaan mereka dekat Malaysia? Macamana boleh bertambah? Siapa pernah di tempat kerja ada ambil pekerja warga asing?," soal @pistonpecah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram