Ajal hantar bapa sakit, wanita mati dalam kereta tidur tak buka tingkap — Polis Ipoh


  • 112
  • Rabu, 21 Feb 2024

Pihak bomba yang menemui mangsa di dalam keretanya di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada Selasa. — JBPM Ipoh

SEORANG wanita ditemui maut di dalam kereta di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada Selasa didapati sedang tidur di tempat duduk belakang tanpa membuka tingkap kereta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa sedang menjaga bapanya yang sakit di hospital itu.

"Dia masuk dalam kereta untuk berehat di tempat duduk belakang tanpa membuka cermin tingkap," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI : Wanita maut dalam kereta berkunci di parkir Hospital Ipoh

2553595

Mangsa yang ditemui maut dalam posisi baring di tempat duduk belakang. — JBPM Ipoh

BACA LAGI : [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'

Beliau berkata, sementara menunggu laporan bedah siasat, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis telah menerima panggilan daripada pengawal keselamatan hospital pada petang Selasa, menyatakan seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di dalam kereta.

“Dengan bantuan bomba, pintu kereta dibuka, dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan wanita tersebut sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tabiat tidur di dalam kereta.

Hal ini kerana, jika enjin kereta dimatikan, sistem penghawa dingin tidak akan berfungsi dan kekurangan oksigen boleh menjadi punca kematian mengejut.

Pada Selasa, pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Bakri Manaf berkata, panggilan kecemasan dibuat pada pukul 6.07 petang.

Pihaknya berkata, seorang wanita berusia 20-an ditemui tidak bernyawa dalam posisi baring di dalam kereta di tempat letak kereta hospital berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram