Wanita maut dalam kereta berkunci di parkir Hospital Ipoh


  • 112
  • Selasa, 20 Feb 2024

Mangsa ditemui di kerusi penumpang belakang dalam keadaan berbaring beralaskan bantal. — Bomba Ipoh

SEORANG wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir berhampiran Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada Selasa.

Wanita berusia 20 tahun itu dikatakan berada di bahagian kerusi penumpang belakang dalam keadaan berbaring beralaskan bantal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.07 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati memang benar terdapat seorang mangsa terkunci di dalam kereta Toyota Camry.

“Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan mangsa diberi rawatan awal oleh pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumkan operasi tamat pada pukul 6.53 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram