[VIDEO] Lima tahun tidak beraksi di Liga Super, Sarawak pernah cipta sejarah tewaskan Johor FC


  • Podium
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Skuad Sarawak musim 2012 yang pernah menewaskan Johor FC. — Agensi

SEBUT sahaja Johor Darul Takzim (JDT), pastinya setiap pasukan di Liga Malaysia (Liga M) akan gerun mendengar nama kelab tersebut.

Ia selepas pasukan gergasi tanah air itu berjaya memperlihatkan kehebatan skuad itu apabila membuat perubahan drastik dalam Liga M.

Perkara itu dibuktikan selepas skuad Harimau Selatan merangkul kejuaraan Liga Super bermula dari tahun 2014 sehingga 2023.

Bagaimanapun, 12 tahun lalu, Sarawak pernah menewaskan JDT yang waktu itu dikenali sebagai Johor FC dengan keputusan 2-1 dalam saingan Liga Super 2012 yang berlangsung di Stadium Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor.

BACA LAGI: [VIDEO] Ditawar harga lumayan, luahan Syahir Iqbal Khan bukti masih sayang Selangor

BACA LAGI: Zainal Abidin beri bayangan kekal, akui belum bersedia

Meskipun tidak beraksi selama lima tahun dalam saingan Liga Super, Sarawak mampu buktikan bahawa ia bukan penghalang untuk meraih keputusan positif.

Malah, kemenangan tersebut sekali gus pernah memberi suntikan kepada Sarawak untuk menghadapi perlawanan sukar menentang Kelantan FC dalam saingan Piala FA 2012 ketika itu.

Berikutan kemenangan tersebut, Ketua Jurulatih Sarawak ketika itu, Robert Alberts dilaporkan berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya itu.

Dalam perlawanan ketika itu, Johor membuka tirai jaringan menerusi pemain Brazil, Arthuro Henrique namun tidak lama selepas itu, kapten pasukan Sarawak, Cameroon Guy Bwele berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Lebih menarik aksi tersebut ketika itu, bekas pemain Johor FC, Azizan Baba menanduk masuk gol kemenangan pada babak kedua perlawanan sekali gus menyaksikan Johor tunduk di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram