DISEBABKAN sikap mementingkan diri, seorang wanita terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing ke hospital selepas kenderaannya dihalang sebuah kereta di hadapan bangunan Wisma Hamid Arshad, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kejadian yang dikongsikan pengguna akaun media sosial asal, @Alepdepay itu sekali gus mendapat perhatian ramai.
Menerusi beberapa gambar tular sejak Sabtu itu, wanita yang juga pemilik kereta jenis Perodua Axia putih didakwa bertindak sedemikian selepas mempunyai urusan kecemasan.
BACA LAGI : Tak puas hati punya pasal, pemandu sanggup rempuh berkali-kali kereta 'double park'
Pemilik kereta Honda yang menghalang laluan kereta Axia tersebut. — Twitter
Menerusi salah satu gambar, terdapat sehelai kertas dengan tulisan nota ringkas ditinggalkan oleh wanita terbabit akibat berang dengan tindakan pemandu Honda tersebut.
Dalam nota sama, wanita itu dipercayai meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana gagal menghubungi pemilik kereta walaupun nombor telefon sudah ditinggalkan.
"Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon, tapi call 80 kali tak jawab-jawab. Terima kasih ya! Awak memang terbaik!," tulisnya.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga dikatakan terpaksa membayar caj parkir tambahan susulan kejadian yang berlaku.
BACA LAGI : Proton Saga ada vest polis 'double park' di Ipoh dicari, perakam gambar diminta tampil beri kerjasama
Nota yang ditinggalkan wanita terbabit ketika itu. — Twitter
Rata-rata warganet tidak dapat menyorokkan rasa marah terhadap tindakan pemilik Honda terbabit.
"Pecahkan je la cermin dia tu kalau dah 80 kali call tak jawab. Itu je caranya," komen @EL_Diablo77.
"Apa fungsi tinggalkan nombor telefon tapi haram tak jawab," luah @Si_Pak_Rubah.
Bukan sekadar itu, ada juga yang memberi cadangan kepada pemandu lain jika mahu perkir di belakang kenderaan lain ketika waktu kecemasan.
"Dah parkir macam tu, jangan tarik brek tangan supaya senang orang nak tolak," komen @Taurus857.
Belum ada kenyataan balas pemilik Honda itu berhubung tindakannya 'double park' setakat ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram