BAP hanya untuk ibu bapa, sekolah tidak boleh potong sesuka hati — Fadhlina


  • Primer
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Fadhlina berkata, bantuan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan lain termasuk untuk bayaran yang diminta oleh pihak sekolah untuk aktiviti melibatkan PIBG dan Koperasi.

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperuntukkan khusus buat ibu bapa bagi membuat persediaan kepada anak-anak.

Katanya, bantuan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan lain termasuk bayaran yang diminta oleh pihak sekolah untuk aktiviti seperti aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Koperasi.

"Bantuan persekolahan yang kita berikan berjumlah RM150 memang untuk ibu bapa. Sekolah tak boleh potong dan ambil sesuka hati daripada orang tersebut.

"RM150 itu mesti diterima oleh ibu bapa secara penuh dan digunakan untuk pembelian dan persiapan sekolah.

"Jadi kita minta mana-man ibu bapa yang dipotong itu, laporkan terus kepada kita supaya kita boleh semak mengapa ia dipotong dan sebagainya," katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Hanya dapat RM50 daripada RM150 bantuan BAP, ibu bapa persoal sekolah potong siap-siap bayaran PIBG, koperasi

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tular di media sosial berhubung dakwaan terdapat pihak sekolah memotong BAP yang sepatutnya diberikan kepada ibu bapa untuk bayaran PIBG dan koperasi sekolah.

Majoriti pada Khamis melaporkan mengenai perkongsian di Twitter yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram