Sunyi tanpa berita, ada yang risau persiapan 'sendu' Kedah, bimbang ditinggal kelab lain


  • Podium
  • Khamis, 15 Feb 2024

Kedah masih belum melakukan sebarang perpindahan pemain untuk musim 2024/2025. — Facebook/Kedah Darul Aman

KERANCAKAN persiapan dalam kalangan kelab Liga Super sudah mula kelihatan apabila pelbagai pemain baharu dibawa masuk untuk menguatkan skuad.

Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) antara kelab yang rancak mendapatkan pemain baharu bagi memastikan usaha mengejar kejuaraan berjaya dilakukan.

Selangor misalnya, membawa pemain pertahanan Uzbekistan iaitu Umar Eshmurodov, penyerang Ronnie Fernandez, pemain warisan Malaysia, Nooa Laine serta dua rekrut lain.

JDT pula membawa masuk bintang Syria, Jalil Elias sambil mereka juga dijangka akan membawa beberapa lagi pemain baharu dalam masa terdekat.

Terengganu juga tidak kurang hebatnya. Mereka meminjam duo JDT iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid sambil membawa masuk Ismaheel Akinade.

Namun begitu, apa cerita dengan Kedah Darul Aman FC? Kedah dilihat begitu sepi dalam jendela perpindahan kali ini tanpa sebarang khabar. Jika ada cerita pun mengenai perlawanan persahabatan menentang kelab Brazil, Santos tetapi ia tidak diadakan seperti dirancang.

BACA LAGI: Kembali lepas digugurkan JDT, kelibat bek senior bagaikan petanda terima nasib seperti Forestieri

411741031_396422219405628_4555791222638069792_n

Kedah mengalami masalah gaji dalam kalangan pemain. — Facebook/Kedah Darul Aman

BACA LAGI: 'See you soon' bukan mesej ke JDT tapi ada 3 maksud tersirat buat Arif Aiman

Situasi tersebut membuatkan penyokong Kedah berasa risau dengan apa yang terjadi. Ada yang berasakan jika Kedah lambat bertindak, mereka akan ditinggalkan oleh kelab-kelab lain.

"Banyak kelab sudah hampir siap tandatangan kontrak dengan pemain idaman, JDT, Selangor dan Terengganu. Kedah bila lagi? Masih lena diulit mimpi?," soal penyokong bernama Aas.

"Mereka atur dalam diam tu, Nafuzi Zain pun senyap je. Mungkin buat kerja senyap-senyap," kata Muntaz Anora yang cuba bersangka baik.

Akan tetapi, ada penyokong yang memahami situasi Kedah ketika ini yang sedang mengalami masalah tunggakan gaji dalam kalangan skuad.

Mungkin Kedah dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan tersebut sebelum pelaksanaan pelan musim baharu mula dilakukan.

"Jangan kalutlah, serah saja pada pihak yang berwajib. Mereka tahu apa yang mereka buat untuk kelab. Jangan sibuk nak keruhkan keadaan," kata penyokong bernama Jebatmalaya Is.

"Kita tenang-tenang saja, bulan lima nanti baru mula liga jadi kita healing dulu. Mereka tengah usahakan bab gaji tu," ujar Muzhaffar Adely.

"Kalau tandatangan kontrak awal, kena bayar gaji awal. Liga nak mula nantilah baru tandatangan kontrak," komen Ali Aziah pula.

Jika benar Kedah tidak mendapatkan pemain baharu kerana ingin menyelesaikan masalah gaji, harapnya ia berjalan dengan lancar dan semuanya dapat diuruskan dengan sebaiknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram