Maaf Pawi atau Akhyar, No 7 tetap milik Ivan Mahmut


  • Podium
  • Khamis, 15 Feb 2024

Safawi sah menyarung jersi nombor 11 skuad Terengganu FC. — Facebook/TFC

LANGKAH Terengganu FC untuk memperkukuhkan pasukan mereka pada jendela perpindahan kali ini diteruskan apabila pasukan Pantai Timur terbabit mengumumkan kehadiran pemain baharu iaitu Matthew Steenvoorden.

Malah sebelum kehadiran Steenvoorden, duo dari Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid terlebih dahulu sudah tiba di kem Sang Penyu.

Menariknya mengenai kehadiran kedua-dua pemain Harimau Selatan tersebut adalah mengenai calon yang sesuai untuk menjadi pemilik jersi nombor tujuh TFC bagi musim 2024/25.

Penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut menjadi individu terakhir yang menyarung jersi tersebut pada musim lepas berikutan kecemerlangannya membantu Sang Penyu.

Namun, selepas Mamut berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang penyerang berbisa musim 2023, barisan pengurusan dan kejurulatihan Terengganu memutuskan untuk memberinya nombor sembilan yang lebih serasi sebagai pencetak gol.

BACA LAGI: Winger NSFC mahu bawa haluan baharu ke Pantai Timur

WhatsApp Image 2024-02-15 at 18.17.32

Penyokong Sang Penyu berharap agar Ivan Mamut kekal menyarung jersi nombor tujuh. — Facebook/TFC

BACA LAGI: Dapat tawaran kelab Utara tanah air, bek kiri KL City mahu kekal di Lembah Klang

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Facebook Terengganu FC itu sempat mencuri tumpuan penyokong Sang Penyu.

Dalam hantaran tersebut memaparkan kelibat penyerang berbisa Sang Penyu, Ivan Mamut berserta kapsyen bahawa pemain itu dijangka kekal menyarung jersi nombor 7 namun dengan nada gurauan.

Ia berikutan selepas individu yang bakal menyarung jersi berkenaan masih kekal menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong lagi-lagi calon terdekat seperti Safawi dan Nurillo Tukhtasinov sudah diberikan nombor lain.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong bersetuju sekiranya Mamut kekal menyarung jersi nombor tujuh itu.

"Terbaik Ivan Mamut, our striker is comeback," kata Mohammad Amirul Haqimi.

"Kalau betul apa salahnya, Ivan Mamut sesuai pakai jersi tujuh," kata Zelan Mansor.

"Harap betul dia Ivan Mamut kembali pakai jersi tujuh," kata Mat Azam. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram