PEMAIN sayap Negeri Sembilan FC (NSFC), Sean Eugene Selvaraj dikhabar akan meninggalkan pasukan tersebut untuk musim 2024/25.
Menurut perkongsian pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam laman sosial X, memuat naik ciapan Sri Pahang FC bakal menjadi destinasi seterusnya buat bekas pemain Selangor FC itu.
"Bawa haluan baru. Difahamkan, Sean Selvaraj to Sri Pahang," ciapnya.
BACA LAGI: Dapat tawaran kelab Utara tanah air, bek kiri KL City mahu kekal di Lembah Klang
Kehadiran Sean ke Sri Pahang pastinya akan membantu kelab itu menghuni tangga ketiga Liga Super. — Facebook
Sean yang berkhidmat bersama skuad Jang penghujung musim 2021 itu sudah mempunyai 26 penampilan dalam semua kejohanan termasuk berjaya mencetak lima jaringan dan merekodkan satu bantuan jaringan dalam saingan Liga Super.
Namun, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh kedua-dua pihak mengenai khabar angin tersebut.
Sepanjang beraksi bersama skuad Jang, Sean antara wajah yang membantu NSFC menghuni tangga keempat Liga Super musim 2022.
Untuk rekod, pemain berketinggian 1.81 meter itu memulakan kariernya bersama Selangor FC sebelum menyertai NSFC penghujung musim 2021 berikutan kecemerlangannya bersama kelab Gergasi Merah itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram