PERLAWANAN bola sepak tidak kira saingan domestik mahupun luar negara pastinya sering menyajikan pelbagai momen yang akan diingati.
Kejadian seperti insiden pergaduhan antara perkara yang sering dilihat dalam perlawanan bola sepak.
Bagaimanapun, selain insiden tersebut, kesilapan kecil daripada para pemain turut menjadi tumpuan penyokong.
BACA LAGI: Dapat tawaran kelab Utara tanah air, bek kiri KL City mahu kekal di Lembah Klang
BACA LAGI: Dari Pantai Timur ke Borneo, TFC dijangka hilang bek kiri
Perkara tersebut dapat dilihat menerusi satu perkongsian video di laman X yang memaparkan benteng pertahanan pasukan Sevilla pernah melakukan kesilapan kecil dalam aksi berdepan Atletico Madrid saingan La Liga.
Mengimbau kembali perlawanan musim 2017/18 tersebut, penyerang Perancis, Antoine Griezmann dan rakan sepasukannya berjaya menggunakan peluang sebaik mungkin dalam kawasan penalti selepas memperdayakan benteng pertahanan Sevilla.
Kesilapan kecil daripada pertahanan Sevilla itu akhirnya membenarkan gol terhasil pada minit ke-65 yang disempurnakan dengan baik oleh pemain Sepanyol, Koke.
Jika melihat kepada perlawanan tersebut, salah seorang pemain pertahanan Sevilla berniat menghantar bola ke arah penjaga gol namun berjaya dirampas oleh Griezmann.
Tanpa membuang masa, Griezmann terus membuat hantaran bantuan kepada Koke yang tidak teragak-agak merembat masuk ke gawang lawan.
Dalam aksi tersebut ketika itu, Atletico Madrid meraih kemenangan dengan keputusan 5-2. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram