NAMA pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC, Nabil Hakim Bokhari menjadi bualan hangat di media sosial.
Ia berikutan selepas namanya dipetik bagi membantu salah satu pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air musim depan.
Susulan daripada itu, bek kiri KL City FC itu dilihat berdepan situasi sukar untuk mengambil keputusan sama ada perlu kekal bersama pasukan Lembah Klang atau berhijrah ke kelab lain.
BACA LAGI: Dari Pantai Timur ke Borneo, TFC dijangka hilang bek kiri
Bek kiri KL City FC, Nabil difahamkan mendapat perhatian salah satu kelab di Utara tanah air. — Agensi
BACA LAGI: CEO Sang Penyu kongsi status import terakhir
Perkara itu dikongsikan di laman X oleh pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mendedahkan bahawa pemain The City Boys itu dilihat masih menunggu keputusan daripada pihak pengurusan KL City.
"Stay atau keluar, bekas pertahanan Bawah 19 (B-19) Tahun negara, Nabil Hakim tunggu KL City ketika difahamkan ada tawaran dari pasukan Utara tanah air," ciapnya.
Bagaimanapun, belum ada sebarang maklumat mengenai kelab Utara tanah air yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.
Untuk rekod, bekas pemain pertahanan B-19 tahun itu pernah mencipta sejarah apabila melakukan terjahan kasar ke atas pemain Tajikistan, Ziyovuddin Fuzaylov dalam Kejohanan Piala AFF B-19 2018 yang berlangsung di Indonesia.
Meskipun begitu, Nabil antara wajah yang membantu skuad kebangsaan ketika itu muncul sebagai pemenang dengan namanya mula meningkat dengan Petaling Jaya (PJ) City FC mendapatkan khidmatnya pada 2020. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram