TERENGGANU FC (TFC) berputih mata apabila dikhabar bakal kehilangan seorang pemain pertahanan pada pembukaan kempen musim 2024/25.
Perkara itu dikongsikan di laman X oleh pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mengatakan bahawa pemain pertahanan kiri Sang Penyu, Arif Fadzilah bakal menyertai Kuching FC.
"Dari Pantai Timur ke Borneo, pertahanan kiri Terengganu FC, Arif Fadzilah difahamkan akan menyertai Kuching City untuk musim 2024/25," tulisnya.
BACA LAGI: CEO Sang Penyu kongsi status import terakhir
Kehadiran Arif ke pasukan Kuching City dijangka berpotensi untuk membantu skuad dalam saingan Liga M. — Facebook/TFC
BACA LAGI: Bantu PDRM julang Piala Cabaran, winger The Cops sertai Penang FC
Beraksi bersama Sang Penyu, pemain berketinggian 1.71 meter itu sudah mempunyai sebanyak 12 penampilan dalam saingan Liga Super 2023.
Pastinya pengalaman pemain berusia 27 tahun yang pernah beraksi di Pentas Asia akan membantu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dalam saingan Liga Malaysia nanti.
Bagaimanapun, enggan berputih mata dengan kehilangan tonggak bek kiri tersebut, Sang Penyu pastinya mempunyai pemain yang boleh menggantikan posisi yang ditinggalkan itu.
Pertahanan Sang Penyu, Ubaidullah Shamsul antara pemain muda TFC yang dilihat boleh menggalas tugas Arif tersebut.
Meskipun bermain di posisi bek tengah namun Ubaidullah atau mesra dengan panggilan Ubai itu boleh beraksi sebagai bek kiri.
Untuk rekod, ketika aksi final Piala Malaysia 2023 pada 8 Disember musim lalu berdepan Johor Darul Takzim (JDT), Ubai diberi kepercayaan untuk beraksi di posisi bek kiri.
Sudah tentu, TFC tidak berdepan masalah sekiranya Arif mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Borneo itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram