TUNTUTAN Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilihat tidak begitu wajar.
Sebelum ini, Pengarah AMK, Mohammad Fitri Ismail dilaporkan berkata, masalah yang dihadapi KDA FC perlu diselesaikan dengan bantuan kerajaan negeri.
Katanya, keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan negeri amat diperlukan demi memastikan Kedah terus memberikan saingan hebat dalam liga bola sepak negara.
BACA LAGI : Didakwa ada isu gaji bikin kelab Liga Super berminat borong bintang KDA FC
Sanusi yang digesa AMK agar membantu isu tunggakan gaji KDA FC. — KDA FC
BACA LAGI : 'KDA FC mampu bersaing dengan 'Big Boy' jika mampu pujuk RMK ambil alih'
Bukan itu sahaja, peranan Sanusi sebagai Menteri Besar turut dikatakan penting dan mencari jalan untuk isu yang harus diselesaikan pada 31 Januari lalu.
Namun, perkara itu mendapat kritikan hebat daripada masyarakat kerana menganggap ia sesuatu yang kurang wajar untuk diperjuangkan oleh AMK sebagai entiti politik.
Rata-rata warga maya di Facebook menyuarakan bahawa isu yang perlu diketengahkan AMK adalah berkaitan ringgit Malaysia kian melemah.
"Kerajaan jangan lepas tangan isu ringgit Malaysia yang makin melemah," komen Mukhtar Musa Qadah.
"Ringgit Malaysia jatuh bawa nama Malaysia," luah Mohd Mawardy Helmy.
Pada Januari lalu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Azfanizam Abdul Rashid menyatakan, kadar inflasi meningkat sebanyak 2.5 peratus pada 2023 susulan kejatuhan nilai wang.
Beliau juga menyatakan bahawa ringgit pada 2024 diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Mengulas lanjut, ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan AMK dan menggesa agar pihak tersebut lebih fokus membincangkan tentang isu kemasyarakatan seperti kekurangan beras tempatan dan hutang negara.
"AMK cuba cari beras tempatan hilang pergi mana, itu keperluan rakyat," komen Zulkifli Yahaya.
"Baik fikirkan kehidupan rakyat bawahan dan pembangunan negeri daripada bantu golongan T20 yang hidup kaya raya sebelum ini," tulis Matt Radhii. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram