[VIDEO] 'Tetap salah kami', pasangan suami isteri mohon maaf isu check out lambat homestay di Alor Setar


  • Tular
  • Ahad, 11 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan barangan yang dicampak oleh pemilik inap desa terbabit susulan kejadian tular sejak Jumaat.

KES pertengkaran antara penginap dan pemilik sebuah inap desa (homestay) di Alor Setar, Kedah pada Jumaat lalu, memasuki episod baharu apabila satu daripada pihak terlibat tampil menjernihkan keadaan.

Ia selepas satu kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @apitmuu yang menyiarkan kenyataan pasangan suami isteri yang terlibat dalam isu tersebut sudah memohon maaf secara terbuka.

BACA LAGI : Tersembunyi dalam bekas pewangi, 4 wanita trauma jumpa kamera skodeng dalam bilik air homestay di P.Pinang

msg1050426791-24822

Tangkapan skrin kenyataan yang dikeluarkan dipercayai daripada pasangan suami isteri terbabit.

Dalam hantaran dipercayai dikeluarkan oleh salah seorang penginap yang terlibat dalam kejadian itu menjelaskan bahawa kejadian berlaku berpunca daripada perselisihan faham.

"Memang isteri saya salah sebab tak peka tak tengok WhatsApp makcik itu. Kami mengaku kami silap tak tepati masa.

"Kami mengaku salah dan pihak makcik tu pun dah mengaku salah. Kami memilih untuk berdamai dan tidak keruhkan lagi keadaan," dakwanya.

BACA LAGI : Penyewa 'homestay' tergamak hina beras, telur percuma disediakan pemilik, warganet panas hati

Bukan itu sahaja, dia mendakwa bahawa kejadian mula berlaku selepas salah seorang penginap itu menengking wanita warga emas yang dipercayai pemilik inap desa berkenaan.

"Team kami pun salah sebab ikut amarah tengking orang macamtu. Lepas kejadian mereka pun rasa serba salah sebab ikut amarah.

"Mereka terlampau marah atas apa yang makcik tu buat dan makcik pun tengah emosi, masing-masing tengah emosi," dakwanya lagi.

Namun, perdamaian itu belum dapat dipastikan lagi kesahihannya dan Majoriti sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada pihak inap desa terbabit berhubung dakwaan tersebut.

Terdahalu, melalui video tular itu, pemilik inap desa terbabit dilihat bertindak agresif dengan mencampakkan beberapa barang kepunyaan penginap di luar rumah kerana dikatakan lambat keluar dari waktu yang ditetapkan.

Video tersebut juga menerima pelbagai reaksi dan tidak kurang juga tomahan yang dilemparkan kepada pemilik inap desa itu, tetapi ada yang membela tindakannya.

Bagaimanapun anak pemilik inap desa itu tampil mempertahankan ibunya dengan menunjukkan bukti bahawa mereka sudah memberi masa yang secukupnya kepada pelanggan tersebut.

Katanya, sikap pelanggan tersebut telah mengganggu operasi perniagaannya disebabkan isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram