SAAT Piala Asia 2023 diadakan, kita dapat saksikan ramai pemain import Liga Super yang beraksi bersama-sama negara mereka.
Tidak kira sama ada mereka masih bersama pasukan Liga Super atau sudah bahkan bakal menyertai mana-mana kelab, ia adalah satu situasi mengujakan buat kita.
Antara nama yang mencuri tumpuan apabila beraksi untuk negara mereka di Piala Asia adalah pemain Bahrain iaitu Mahmoud Al-Mardi.
Sepanjang beraksi di Qatar, Al-Mardi mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang bersama-sama negaranya terutamanya ketika bertemu Malaysia.
Dalam aksi pembukaan kumpulan E, Al-Mardi tampil cemerlang apabila menghasilkan dua gol untuk Jordan dalam kemenangan 4-0 mereka.
Malah, Al-Mardi terus menjadi nadi penting Jordan apabila diturunkan ketika perlawanan menentang Korea Selatan serta dalam aksi kemenangan mereka bertemu Iraq di pusingan 16 pasukan terbaik.
BACA LAGI: ‘What a city’, ramai spekulasi Beckham datang KL, fans Indonesia harap melawat sama
Al-Mardi (jersi merah) ketika Jordan bertemu Iraq. — Agensi
BACA LAGI: Sedia 'on loan', jangan biarkan Selangor, Pahang atau Kuching penuhi demand Haqimi Azim
Prestasi baik ditonjolkan oleh Al-Mardi itu secara tidak langsung menimbulkan spekulasi yang pemain sayap itu akan kembali ke Liga Super. Sebelum ini, dia pernah bersama-sama Kedah Darul Aman FC selama setengah musim pada tahun 2022.
Kini, dia dikhabarkan bakal bersama-sama semula dengan bekas pengendali kelab itu iaitu Aidil Sharin yang kini menjadi ketua jurulatih di Kuching City FC.
Aidil yang membawa masuk Al-Mardi ke Kedah dilihat mempunyai hubungan baik dengan pemain tersebut dan dia dijangka akan menggunakan situasi tersebut untuk membawa bintang Jordan itu ke Kuching.
Akan tetapi, ia sedikit sukar untuk Kuching City berbuat demikian kerana status Al-Mardi yang merupakan pemain baharu untuk kelab Al-Hussein SC di Jordan.
Jika Aidil benar-benar ingin membawa Al-Mardi ke Kuching, maka dia perlu menawarkan tawaran berkualiti yang membolehkan pemain berusia 30 tahun itu sekali lagi terbang semula ke Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram