TINDAKAN seorang pendaki yang didakwa menceroboh dalam kawasan larangan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor baru-baru ini mengundang kemarahan dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).
Ia selepas salah seorang pelajar universiti berkenaan memuat naik tangkapan skrin komen balas di akaun TikTok pendaki berkenaan.
Sebelum itu, pendaki tersebut mendakwa, dia hanya melalui kawasan terbabit ketika mendaki dan tidak melakukan aktiviti lain.
"Janganlah emo encik, saya hiking lalu je tak sampai lima minit pun celup kaki pun tak," dakwanya.
BACA LAGI : Pendaki kongsi pengalaman diusik atau disorok ketika hiking, camping waktu malam, apa persediaannya?
Tangkapan skrin komen balas berkenaan perkara tersebut. — Twitter
BACA LAGI : Fizikal bersaiz XL bukan halangan sertai aktiviti hiking
Namun, ia tetap dilihat sebagai menceroboh kerana melanggar peraturan dan tidak mengikut arahan papan tanda larangan yang disediakan di lokasi itu.
"Bukan nak emo, tapi dah terang-terang tuli dekat situ 'no entry'. Kami yang pelajar perhutanan UPM nak masuk pun kena buat permohonan.
"Celup kaki pun tak boleh, nanti tercemar Blue Lagoon kami," dakwa seorang pengguna Twitter (X) @qayyumraub.
Hutan Simpan itu dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC) merupakan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan pada 1906.
Ia diamanah kepada UPM selama 99 tahun sejak 1996 sehingga 2095 serta ia juga di bawah tanggungjawab UPM bagi mengendalikan aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan, dan pengembangan.
Bukan itu sahaja, kolam Blue Lagoon antara kawasan larangan dan memerlukan permit atau permohonan dengan alasan kukuh untuk memasuki lokasi itu.
Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap sikap pendaki yang dianggap sebagai tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.
Ada juga yang menggesa agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya malah memperketatkan lagi pengawasan di kawasan itu.
"Kena minta pengawal keselamatan UPM buat rondaan masa waktu peak (kemuncak). Juga kena bekerjasama dengan komuniti hiking Bukit Wawasan untuk meletakkan papan tanda atau tutup laluan ke sana," tulis @amirulbahri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram