Pemandu e-hailing kena tahan lepas didakwa pukul pelajar warga China


  • 112
  • Khamis, 21 Dis 2023

Pemandu e-hailing didakwa telah mencederakan seorang pelajar wanita warga China di Kuantan pada 16 Disember lalu. — Gambar hiasan

SEORANG pemandu e-hailing yang mencederakan seorang penuntut warga China menggunakan kerusi lipat besi di pekarangan sebuah hotel di Jalan Sekilau, Kuantan, Pahang ditahan polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 32 tahun yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada pukul 7.15 malam.

Wan Mohd berkata, suspek mengaku terlibat dengan kejadian serangan wanita warga China berusia 22 tahun terbabit kerana berang mangsa menutup pintu kereta dengan kuat.

"Kita turut merampas kerusi lipat dipercayai digunakan lelaki terbabit ketika menyerang mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Pada Selasa, media melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Miss Yuan dilaporkan mendakwa cedera akibat dipukul pemandu e-hailing pada 16 Disember (Sabtu) lalu.

Kejadian dikatakan berlaku ketika penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor yang berusia 22 tahun itu bersama rakannya melancong ke bandar raya ini pada Jumaat lalu.

Mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing dari Menara 188 ke hotel ketika bercuti di Kuantan.

Sejurus tiba di hotel terbabit, pemandu e-hailing terbabit didakwa menyerang mangsa dan menyebabkan wanita terbabit retak jari tangan kanan dan lebam di tangan serta muka.

Sementara itu, Wan Mohd menambah, kes disiasat mengikut Sesyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan