Dilabel good signing 2024, kehadiran Akram Mahinan buat fans TFC teringat bekas import 5 tahun sudah


  • Podium
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Akram menandatangani kontrak selama semusim bersama Terengganu. — Facebook/TFC

BUKAN lagi khabar angin, pemain tengah berpengalaman, Akram Mahinan sah menjadi sebahagian keluarga Terengganu FC (TFC) bagi membantu mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Pemain berusia 31 tahun itu memutuskan untuk menyarung jersi skuad Sang Penyu selepas hampir empat musim bersama Kuala Lumpur (KL) City FC dengan pelbagai kenangan manis dan pencapaian yang dilakar bersama pasukan Lembah Klang berkenaan.

Akram merupakan arkitek yang membantu pasukan Warga Kota menjulang trofi Piala Malaysia 2021, mara ke pusingan akhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2022 serta pemain utama ketika KL City dinobatkan sebagai naib juara Piala FA 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menerusi kenyataan media rasmi kelab pada Jumaat menjelaskan bahawa bekas pemain kelahiran Kedah itu menandatangani kontrak selama semusim.

Menurut Mohd Sabri, Akram yang akan menyarung jersi nombor 14 itu difahamkan bakal bergandingan dengan perancang import kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selepas kapten musim lalu, Habib Haroon tidak lagi bersama TFC pada musim baharu ini.

BACA LAGI: 'Sapa doh ke?', bintang HM dikhabarkan semakin hampir sertai TFC

Kehadiran Akram ke kem Terengganu sememangnya memberi senyuman kepada pemain ke-12 Terengganu dan tapa ragu-ragu penyokong melabel bekas tonggak tengah skuad kebangsaan berkenaan sebagai ‘good signing 2024’.

Gaya permainan Akram yang agresif dalam bertahan membuatkan para penyokong Terengganu menyebut semula nama bekas import kacukan Kemboja-Perancis, Thierry Chantha Bin yang pernah menyertai skuad Sang Penyu pada 2017 hingga 2019.

Selama dua musim bersama Terengganu, pemain yang kini beraksi bersama kelab Kemboja, Svay RIeng itu pernah membantu kelab dari Pantai Timur itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2018.

BACA LAGI: Nama arkitek Kedah dalam list ke Terengganu bersama duo JDT

WhatsApp Image 2024-02-02 at 17.11.08

Thierry Chantha ketika bersama Terengganu pada musim 2017. — Facebook/TFC

“Inilah pure nombor 6. Kita dah lama tiada nombor 6 asli. Tahun terakhir kita ada pemain nombor 6 ialah pada 2019, Thierry Chantha Bin,” kata penyokong TFC, Zac Adzillah.

“Selamat datang Akram Mahinan. Sangat dialu-alukan. Tiada siapa akan kata tidak,” tambah penyokong, Syazwan Masni.

Great signing, Akram inilah yang akan buat dirty work dalam pasukan,” kata penyokong TFC, Sejuk Weh.

Akram antara pemain tengah yang mampu menggalas tanggungjawab tonggak nombor 6 di dalam pasukan dengan dia akan melakukan ‘kerja-kerja kotor’ seperti menyekat pergerakan serang balas lawan malah turut memulakan pergerakan dari bawah sebelum melakukan serangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram