Nama arkitek Kedah dalam list ke Terengganu bersama duo JDT


  • Podium
  • Selasa, 16 Jan 2024

Ott mencetak enam jaringan gol dalam semua kejohanan disertai Kedah. — Facebook/KDAFC

WALAUPUN kejohanan Piala Asia 2023 sedang berlangsung, namun ia tidak menghalang daripada khabar angin perpindahan pemain terus menjadi topik perbincangan menjelang musim baharu akan bermula pada April ini.

Antara pasukan yang sedang hangat dengan cerita kemasukan pemain baharu ialah Terengganu FC (TFC) lag-lagi selepas skuad Sang Penyu baru sahaja melepaskan 12 orang tonggak mereka pada Disember musim lepas.

Antara para pemain yang bakal meninggalkan kelab adalah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Omid Nazari, Sardor Kulmatov, Mohamad Shafawi, Fazli Ghazali dan Sony Norde.

Susulan pengguguran pemain berkenaan, beberapa nama bintang turut dikaitkan akan mengisi kekosongan tersebut dan antaranya yang mengejutkan ialah ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott dijangka akan membuat pusingan U.

isi dalam

Tangkap layar laman Transfermarkt.

Menerusi laman Transfermarkt menyaksikan nama arkitek tengah Sang Kenari itu diletakkan sebagai antara pemain baharu yang akan menyertai skuad Sang Penyu pada musim 2024/2025 ini.

Selain Ott, nama pemain seperti Matthew Steenvoorden, Ismahil Akinade, Akram Mahinan dan duo Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid yang berpotensi untuk menguatkan jentera serangan TFC.

Sekiranya pemain kebangsaan Filipina berkenaan memutuskan untuk kembali ke Terengganu, Ott pastinya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan jeneral tengah kelahiran Bahrain, Habib Haroon.

Ott merupakan pemain penting Nafuzi Zain untuk saingan musim ini apabila dia diberi kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan Kedah dan tampil sebagai tonggak utama pasukan dalam setiap perlawanan.

Untuk rekod, Ott mencetak enam jaringan gol dalam semua kejohanan disertai Kedah selain menyumbang lima hantaran bantuan untuk saingan Liga Super musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram