[VIDEO] Tackle ganas penjaga garisan cetus aksi panas liga amatur


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan penjaga garisan sengaja menjatuhkan pemain tersebut. — Agensi

DUNIA bola sepak pastinya sentiasa disajikan dengan pelbagai momen, keputusan serta insiden yang sentiasa mewarnai sesebuah perlawanan.

Sering kita dengar pergaduhan antara pemain dan pengurus pasukan malah pertelingkahan dengan para penyokong turut mewarnai dunia bola sepak.

Namun, berbeza pula insiden yang berlaku dalam satu kejadian di luar negara apabila salah seorang pemain bola sepak 'diganggu' oleh penjaga garisan.

BACA LAGI: Sudah bikin peminat marah, Intan Serah tampil minta maaf

BACA LAGI: 'Tamatkan program naturalisasi', Teong Kim mahu FAM lihat nasib Jerman dan Itali

Menerusi satu hantaran video di laman Facebook, salah seorang pemain yang mengawal bola dengan baik itu secara tiba-tiba dibentes oleh penjaga garisan.

Berikutan insiden tersebut, rata-rata pemain dan pengurus pasukan dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan ganas penjaga garisan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku dalam kejohanan liga amatur di Eropah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, klip itu tidak menunjukkan tindakan lanjut yang dikenakan terhadap penjaga garisan itu walaupun kelihatan pengadil utama perlawanan seperti mahu melayangkan kad kepadanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram