NAMA Faisal Halim kini mekar dalam arena bola sepak negara. Bukan saja cemerlang di peringkat kelab, tetapi Faisal juga memberikan persembahan baik bersama-sama Harimau Malaya.
Walaupun dianggap sebagai antara bintang paling ampuh di Malaysia ketika ini, namun pemain berasal dari Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu sentiasa tidak melupakan asal usulnya.
Faisal mungkin menjadi pujaan ke mana saja dia pergi, tetapi pemain sayap itu tak akan pernah lupakan asal usulnya serta permulaannya dalam karier.
Dalam perjalanan menuju puncak, Faisal mengingat semula bagaimana dia cuma menggunakan kasut bola sepak berharga RM15 kerana bapanya tidak mampu.
BACA LAGI: Ramai fans lelaki ‘backup’ Intan Serah
Faisal (kanan) ketika beraksi menentang Korea Selatan. — FAM
BACA LAGI: Penantian 38 tahun berakhir, Melaka julang Piala Emas Khir Johari
"Apabila saya ingin membeli kasut bola baru, abah tak ada duit nak belikan. Saya (cuma) pakai kasut berharga RM15, RM20 waktu itu. Bila masuk darjah enam, baru saya pakai kasut yang mahal sikit itu pun berharga itu pun berharga RM40, RM50.
"Saya dalam keluarga yang susah, tapi apa yang saya ada sekarang bukan untuk diri saya sahaja, untuk keluarga saya, untuk orang-orang kampung saya, apa yang saya boleh bantu di sini. Saya tak perlu rasa bangga atau sombong dengan orang di kampung saya kerana saya ni family man. Saya tahu etika orang kampung, (cara) bermasyarakat dengan mereka," kata Faisal dalam klip Harimau Malaya di laman X (Twitter).
Faisal berkata, walaupun dia kini beraksi di peringkat tertinggi bersama-sama Selangor dan Malaysia, ia tidak sedikit pun menerbitkan rasa megah dalam dirinya.
Hal ini kerana, Faisal bermula sebagai pemain yang kosong sebelum menjadi seperti hari ini.
"Walaupun sekarang saya bermain di peringkat tertinggi, peringkat antarabangsa dengan Malaysia atau peringkat Asia dengan Selangor, saya tetap tak rasa bangga.
"Sebabnya saya datang daripada zero, bukannya saya dilahirkan terus pandai main bola. Saya mula daripada kosong, titik peluh saya sendiri untuk berjaya," ujar Faisal lagi.
Faisal menjaringkan satu gol untuk Malaysia di Piala Asia 2023 apabila Harimau Malaya seri 3-3 dengan Korea Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram