Elak risiko data guru dan murid bocor di Internet, apa inisiatif kerajaan?


  • Massa
  • Selasa, 23 Jan 2024

Antara maklumat data guru yang telah dimuat naik ke laman web Scribd. — Facebook Pendakwah Teknologi

PERKEMBANGAN pesat dalam dunia digital telah meningkatkan kebergantungan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Walaupun ia dianggap sebagai satu kemudahan yang digunakan dalam kehidupan seharian namun tanpa pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan siber, risiko sangat mudah untuk berlaku kebocoran data peribadi.

Masakan tidak, melihat kepada kes yang melibatkan jenayah siber, masih ramai yang tidak mengamalkan tatacara atau penggunaan teknologi yang betul bagi mengelak diri daripada serangan siber.

Pada 2022,media melaporkan kes kecurian maklumat peribadi mencecah sehingga 100 juta set data dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Hal ini berlaku apabila penggodam mengambil data peribadi pengguna dan menjualnya di jaringan gelap.

BACA LAGI: Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada

Terbaharu pempengaruh media sosial, Pendakwah Teknologi mendedahkan data golongan guru dan murid berdepan dengan risiko kebocoran data.

Ini kerana kebanyakan daripada golongan pendidik didakwa telah memuat naik data serta dokumen penting ke ke laman-laman terbuka, seperti Scribd.

Melalui tinjauan Majoriti di laman Facebook tersebut ada segelintir individu yang telah memuat naik data murid ke laman web Scribd.

Lebih mengejutkan dokumen yang mempunyai 104 muka surat lalu mempunyai maklumat peribadi pelajar.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan guru yang memuat naik dokumen penting seperti dokumen peribadi seperti salinan MyKad dan slip gaji mereka ke laman web terbuka berkenaan.

Ia sekali gus jelas menunjukkan masyarakat kurang cakna dalam menggunakan laman-laman terbuka seperti Scribd ini.

BACA LAGI: Mangsa isu rumah terbengkalai? Take note langkah penting jika anda sebagai pembeli berdepan 'projek sakit'

Untuk makluman, Scribd merupakan salah satu laman yang membolehkan pengguna memuat naik dokumen dan berkongsi dengan yang lain. Namun, salah satu perkara yang menjadi masalah adalah apabila ramai memuat-naik dokumen peribadi dan menetapkannya sebagai akses terbuka.

Sehubungan itu, kerajaan seharusnya mengambil inisiatif terutamanya pihak KPM dan Kementerian Komunikasi untuk memberi pendedahan serta dibudayakan dengan teknologi komputer.

Pada masa sama, golongan pendidik tanpa mengira umur juga perlu diberi pendedahan lebih mendalam terhadap teknologi terkini. Ini sekali gus membantu mereka supaya relevan di dunia pendidikan yang terus berkembang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram