[VIDEO] Demi harumkan nama negara, bintang JDT 'fight' sampai patah hidung


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Antara pemain-pemain JDT untuk saingan musim lalu. — Facebook/JDT

KAPTEN JDT, Jordi Amat, dilaporkan patah tulang hidung ketika membantu Indonesia menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Asia Qatar di Stadium Abdullah bin Khalifa pada Jumaat, lapor Stadium Astro.

CNN Indonesia memaklumkan bahawa pertahanan tengah itu juga mungkin perlu memakai pelindung muka seandainya diturunkan untuk menghadapi Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Al Thumama, Qatar pada Rabu ini.

"Ya, saya ada patah tulang kecil di sebelah hidung saya.

BACA LAGI: [VIDEO] Indonesia antara skuad termuda Piala Asia, di manakah Malaysia lepas tewas dengan Bahrain?

Jordi Amat

Jordi Amat kini sedang mengetuai skuad Indonesia untuk mara lebih jauh dalam Piala Asia. PSSI

BACA LAGI: Hanya kerana posting FB, 2 gergasi Liga Super hampir dapat tajaan syarikat tempatan

"Kira-kira dua hari rehat cukup untuk saya sembuh dan boleh bermain dengan topeng perlindungan untuk melindungi wajah saya.

"Memang kini tidak berasa selesa kerana masih sakit dan saya berharap rasa sakit itu akan hilang dalam beberapa hari," kata Jordi seperti yang dipetik daripada laman rasmi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram