BARU-BARU ini, kem Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima khabar kurang gembira selepas kehilangan seorang lagi pemain yang cukup berkualiti dalam pasukan tersebut.
Pemain pertahanan tengah KDA FC, Bojan Ciger sah menyertai FC Neftchi Fergana yang mengakhiri saingan Liga Uzbekistan musim 2023 di kedudukan kelima liga.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh FC Neftchi Fergana dalam laman rasmi mereka dengan mengatakan bahawa Neftchi mengumumkan sudah menandatangani pertahanan tengah, Bojan Ciger.
Pastinya, nama Bojan Ciger tidak asing dalam saingan Liga Uzbekistan kerana pernah beraksi selama dua musim bersama Navbahor Namangan sebelum menyertai KDA FC musim 2023.
Kemasukan Bojan Ciger itu diharap dapat membantu FC Neftchi Fergana untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka. — Instagram/pfcneftchi_uz
Meskipun meninggalkan rakan sepasukan di bumi Kedah, dikhabarkan pertahanan kelahiran Serbia itu bakal beraksi bersama adik Amirbek Juraboev di Uzbekistan.
Hal ini kerana, meninjau ruangan komen di laman X, rata-rata penyokong Hijau Kuning mengatakan bahawa Ciger akan beraksi bersama adik Amirbek iaitu Zoir Dzhuraboev yang turut beraksi sebagai pertahanan tengah.
"Bojan Ciger akan pair dengan adik Amirbek dekat Neftchi nanti," kata @JoeGnola.
"Ingatkan dapat pujuk adik dia join sekali, ke abang pun tak stay ni," kata @Pemerhatibolasepak.
"Perfect combo gaya macam ni," kata @wafiyqqqq.
Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu tampil dalam 29 perlawanan bersama Sang Kenari dan berjaya menjaringkan satu gol dan dua assist buat Kedah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram