Sah tinggalkan Kedah, Bojan Ciger pantas 'dipinang'


  • Podium
  • Rabu, 17 Jan 2024

Bojan Ciger (tengah) kini sah menyertai pasukan FC Neftchi Fergana di Liga Uzbekistan.

TEKA-TEKI hala tuju pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Bojan Ciger akhirnya terjawab selepas sah menyertai sebuah pasukan di Liga Super Uzbekistan apabila khidmatnya tidak lagi disambung oleh pihak pengurusan Sang Kenari untuk saingan musim depan.

Perpindahan itu diumumkan secara rasmi oleh pasukan FC Neftchi Fergana yang berada di tangga ke-5 Liga Super Uzbekistan pada musim lalu.

Kemasukan Bojan Ciger itu diharap dapat membantu FC Neftchi Fergana untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka selepas dia beraksi cemerlang bersama Kedah musim lalu.

Musim ini, pemain berusia 29 tahun itu tampil dalam 29 perlawanan bersama Sang Kenari dan berjaya menjaringkan satu gol dan assist buat Kedah.

Untuk rekod, Bojan Ciger tidak asing lagi dengan Liga Super Uzbekistan apabila pernah beraksi di sana selama dua msuim bersama Navbahor Namangan sebelum menyertai Kedah pada tahun lalu.

Selepas pelbagai isu masalah dalaman yang berlaku kepada pihak pengurusan Kedah, Bojan Ciger akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan khidmatnya bersama Sang Kenari dan memilih untuk kembali ke Uzbekistan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram