Simpanan Dynas Mokhtar lesap, bekas 'banker' cerita pengalaman staf kantoi curi duit klien


  • Massa
  • Rabu, 17 Jan 2024

Kes duit simpanan hilang dalam bank membimbangkan orang ramai. — Gambar hiasan

SELEPAS kecoh dengan berita kehilangan duit simpanan seorang pelakon wanita terkenal, Dynas Mokhtar baru-baru ini, ramai yang meluahkan rasa bimbang dan takut dengan situasi itu.

Pada Selasa, Dynas mendedahkan bahawa telah menyedari kehilangan wang simpanannya sebanyakRM29,313 ketika mahu membuat pemindahan wang untuk membayar gaji pembantu peribadinya.

Pendedahan selebriti berusia 40 tahun yang dimuat naik menerusi hantaran video di Instagram itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

BACA LAGI: Wanita tergamam lebih RM90,000 simpanan lesap, kerja orang dalam atau sistem transaksi bank lemah?

Pada masa sama, Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dilaporkan tidak dapat mendedahkan syarikat bank terbabit kerana kes masih lagi dalam siasatan.

Screenshot (251)

Tangkap layar video pendedahan Dynas berhubung duitnya yang hilang.

Sementara itu, mengulas lanjut, salah seorang pekerja bank dengan menggunakan akaun Facebook Nurul Afida mengambil kesempatan menceritakan pengalamannya berhadapan situasi seakan-akan sama seperti perkara yang berlaku pada Dynas.

Nurul juga mendakwa situasi itu berkemungkinan berlaku berpunca daripada kakitangan bank sendiri berdasarkan pengalamannya.

"2010 saya kerja di sebuah bank tempatan. Ada berita rakan sekerja kantoi curi duit pelanggan. Kes dia sebijik macam cara curi 10 sen ke apa tu saya tak ingat, tapi pihak pengurusan atasan dapat hidu.

"Sebab kehidupan dia memang padu, bawa kereta pergi bank bukan cikai, jadi kawan satu kaunter syak ada perkara tak betul berlaku.

"Dia tahu sistem bank dan dia tahu memanipulasi," kongsinya.

Dalam pada itu, Nurul juga mendakwa, dia sebagai seorang pekerja tidak pernah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak bank selepas kejadian itu.

BACA LAGI: Kes lebih RM100,000 lesap bikin media sosial 'panas', ramai desak guru besar cuai bayar balik wang bantuan sekolah

Tambahnya, terdapat pelbagai cara lain lagi yang dilakukan oleh pekerja bank jika dikaitkan dengan kes tersebut.

"Belum cerita lagi pekerja bank minta rasuah untuk pinjaman, tiap kali lulus kena bagi RM1,000. Untuk pengetahuan semua, pekerja bank yang ada kuasa untuk beri kita kelulusan pinjaman," dakwanya.

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi tentang pandangan ramai yang menganggap ia satu cerita rekaan dan menasihati masyarakat agar mengambil kisahnya sebagai pengajaran.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa sistem perbankan sebelum bermulanya era digital sangat berbeza dan jauh lebih selamat berbanding sekarang.

"jika dulu ada buku bank, sekarang hanya penyata bank secara digital dan semua boleh diubah," komen Renda Nor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram