Tak sampai 24 jam keluar JDT, Leandro Velazquez kini 'laku keras'


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Leandro antara tonggak penting yang dilepaskan JDT musim ini. — Facebook/JDT

BARU-BARU ini, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita yang kurang gembira apabila beberapa tonggak penting Johor Darul Takzim (JDT) meninggalkan kelab tersebut.

Bukan sahaja dikejutkan dengan pemergian pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari itu malah pemain berjersi 10, Leandro Velazquez antara yang ditunjukkan jalan keluar.

Leandro yang merupakan salah seorang pemain import dikatakan sudah lengkap proses menjadi pemain naturalisasi negara bagaimanapun turut tidak kekal bersama JDT.

Leandroo

Leandro (kanan) antara tonggak utama JDT sebelum ini dilepaskan daripada kelab tersebut. — Facebook/JDT

Susulan daripada kehilangan pemain tengah berkualiti Harimau Selatan itu, penyokong Sang Badak berasakan kehadiran pemain kelahiran Argentina mampu membantu jentera tengah Sang Badak musim depan dalam saingan Piala AFC.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata peminat The Rhinos bersetuju sekiranya Leandro dibawa masuk ke kelab yang berpangkalan di Borneo itu meskipun sering dikaitkan dengan lakonan di atas padang.

"Sebut saja Leandro Velazquez mesti ada yang kecam pemain ini kuat berlakon tapi hakikatnya kualiti dia sebagai pemain bolasepak memang sudah terbukti dan pernah bantu JDT menjuarai Piala AFC dan berkhidmat dengan cemerlang sepanjang bersama JDT.

"Sabah FC perlu ada seorang pemain attacking midfielder, dia ni paling sesuai untuk bergandingan dengan penyerang seperti Ramon Machado dan Darren Lok, kalau dapat dia ni pun cukup sudah untuk tambah kekuatan pasukan Sabah," kata Harith Adam.

"Kalau Leandro dapat join Sabah, confirm tambah mantap terutama di bahagian tengah," kata Roskley Dely.

Meskipun begitu, bukan sahaja penyokong Sabah FC malah peminat Selangor FC turut meluahkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain berkualiti tersebut.

"Boleh dah ni datang Selangor, ganti position Brendan Gan," kata Salim Shah.

"Bagus JDT lepaskan, Selangor destinasi paling sesuai kerana bahagian tengah macam tak hidup," kata Ashraf Amin.

"Nampak dah siapa yang akan gantikan posisi Brendan Gan kan?" kata Ahmad Shah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram