Bakal kembali beraksi Liga M, kereta kebal Singapura dikaitkan ke NSFC


  • Podium
  • Sabtu, 30 Dis 2023

Shakir dikatakan semakin hampir meninggalkan Tanjong Pagar dan bakal beraksi bersama salah satu kelab di Liga M. — Instagram/tanjongpagarunitedfc

AKTIVITI mendapatkan pemain import giat dijalankan oleh beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) bagi menghadapi cabaran liga musim depan.

Selangor FC antara kelab yang dilihat sudah bersiap sedia mengorak langkah bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain import menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Susulan itu, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dua kelab Liga M iaitu satu kelab di Lembah Klang dan Negeri Sembilan FC (NSFC) berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah.

Shakir

Shakir ketika menyarung jersi Kedah musim 2019 mencetak lima gol untuk pasukan tersebut. — Agensi

Menerusi satu perkongsian daripada pemerhati sukan, T.Avineshwaran, pemain pertahanan Singapura itu dijangka berpindah ke Malaysia.

"Difahamkan bahawa pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah bakal berpindah ke Malaysia.

"Pemain Tanjong Pagar United itu menjadi perhatian satu kelab di Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan FC," tulisnya di Twitter.

Sekiranya skuad Jang atau kelab di Lembah Klang itu berjaya mendapatkan khidmat Shakir, pastinya ia bukan masalah utama untuk pemain berketinggian 1.80 meter itu menyesuaikan diri di Malaysia kerana sebelum ini pernah beraksi bersama Perak FC dan Kedah FA (Kedah Darul Aman FC) .

Sepanjang menabur bakti bersama KDA FC, Shakir mencetak lima gol dan satu assists selepas 31 perlawanan.

Tambahan pula, kontrak Shakir bersama kelab Tanjong Pagar dijangka akan tamat pada 31 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram