Rundingan sedang berjalan, 2 calon import bermutu dalam radar Gergasi Merah


  • Podium
  • Sabtu, 30 Dis 2023

Sah tempah slot ke saingan ACL2, Selangor mahu perkuat jentera serangan musim depan dengan membawa masuk dua import baharu. — Agensi

SELANGOR FC sah menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan selepas berjaya menduduki tangga kedua Liga Super 2023.

Memiliki peluang beraksi di pentas Asia, Gergasi Merah kini pastinya dalam perancangan untuk menambak baik pasukan terutamanya dari segi pemilihan pemain baharu untuk musim depan.

Seiring dengan perancangan yang sudah diatur oleh Gergasi Merah, muncul khabar angin mengatakan bahawa Selangor kini sedang memburu dua orang pemain import.

Import Selangor

Deniz Hummet dijangka akan memperkuatkan jentera serangan Selangor musim depan sekali gus membantu dalam aksi ACL2. — Agensi

Menerusi satu perkongsian daripada pemerhati sukan, T.Avineshwaran, Selangor kini dijangka akan membawa masuk dua pemain import iaitu pemain sayap Cape Verde, Alvin Fortes dan penyerang Turki-Sweden, Deniz Hummet.

"Selangor sedang memburu pemain import baharu dengan dua nama dikaitkan dengan mereka, dengan sumber mengatakan rundingan sedang berjalan.

"Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Cape Verde Alvin Fortes dan penyerang Turki-Sweden Deniz Hummet," tulisnya di Twitter.

Pastinya Selangor mempunyai peluang untuk menyambar Fortes berikutan hasil semakan Majoriti di transfermarkt.com mendapati bekas pemain Ratchaburi FC itu merupakan pemain bebas (without club) sejak 1 November 2023.

Sepanjang berkhidmat bersama kelab di Thailand itu, Fortes sudah meledak 11 gol dan lima assists selepas 32 perlawanan berlangsung.

Di samping itu, pemain kelahiran Turki, Hummet pula dijangka akan memperkuatkan jentera serangan The Red Giants kerana kontraknya bersama kelab Kalmar FF akan tamat pada 31 Disember 2023.

Untuk rekod, Hummet sudah mencetak 12 gol dan tiga assists selepas 48 perlawanan bersama kelab Kalmar FF musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram