Skuad 26 pemain Malaysia dapat lampu hijau penyokong, tapi kelibat Syafiq Ahmad masih jadi kerinduan


  • Podium
  • Rabu, 03 Jan 2024

Barisan pemain Harimau Malaya yang dipanggil menerima lampu hijau penyokong. — Facebook/FAM

SENARAI 26 pemain bagi skuad Malaysia di Piala Asia 2023 telah pun diumumkan secara rasmi oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu.

Dengan pada asalnya jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memang memanggil 26 pemain semasa kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum ke Qatar, ia tidak memberikan banyak kejutan.

Namun begitu, apabila telah diumumkan secara rasmi ia tetap tidak mengurangkan keterujaan para penyokong mengenai skuad yang dibawa ke Qatar bagi berdepan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan untuk tiga aksi peringkat kumpulan E.

Panggilan yang terdiri daripada pemain-pemain seperti Syihan Hazmi, Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim dan Darren Lok nyata menimbulkan keterujaan dalam kalangan penyokong.

Tambahan pula, skuad kendalian Pan-gon itu turut diperkuat dengan beberapa nama pemain naturalisasi seperti Natxo Insa, Paulo Josue serta bintang baharu iaitu Romel Morales.

Boleh dikatakan, skuad Harimau Malaya kali ini mendapat 'lampu hijau' oleh para penyokong. Namun ada juga masih merindukan kelibat Syafiq Ahmad yang tidak dipanggil.

"Skuad mantap di segenap posisi dengan depth yang baik," kata penyokong bernama Anang Zain.

"Harap dapat memberikan saingan yang padu, hidup Harimau Malaya," ujar Mohd Rafizie.

"Great line-up, get in Malaysia!," komen Adam Iskandar Eakin.

"Puas hati dengan skuad yang kita ada, tapi sedih tak ada nama Syafiq Ahmad," luah penyokong bernama Zaquan Naim.

BACA LAGI: 'Piala Asia kot', pemain ke-12 HM tanya mana skrin besar, bengang isu berbangkit sekat 'hype' Qatar

Pengumuman skuad sudah pun dilakukan, tetapi yang menjadi misteri sekarang ini adalah berkenaan jersi Harimau Malaya di Qatar kelak.

Adakah Malaysia akan memperaga jersi baharu keluaran Nike? Atau sarung saja yang sedia ada untuk berdepan lawan-lawan Asia yang lain?

416145536_1071448153928420_4705807553004129504_n

Syihan (tengah) bakal jadi sandaran di pintu gol Malaysia. — Facebook/FAM

"Good luck, all the best. Jersi baru?, soal penyokong bernama Jason Jipow.

"Tiada jersi keluaran baru sempena Piala Asia ke?," tanya Pokem Mon mencari-cari jawapan.

Hingga kini, masih tiada sebarang petanda jersi baharu Malaysia akan tiba dan dipakai ketika Piala Asia kelak.

Dengan pertemuan menentang Syria dalam aksi persahabatan akan diadakan pada 8 Januari, diharap akan ada kejutan dengan para pemain Harimau Malaya memperaga jersi baharu dalam perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram