SEPERTI profesion lain di dunia, menjadi pemain bola sepak profesional memerlukan pengrobanan demi meraih kejayaan.
Lazimnya, pemain bola sepak terpaksa mengorbankan masa dan tenaga. Malah, mereka juga terpaksa berjauhan dengan keluarga sambil melepaskan banyak detik-detik indah bersama mereka.
Salah satunya apabila apabila keluarga menyambut ahli baharu, ketika itu pastinya sukar bagi satu-satu pemain untuk tidak bersama mereka pada hari penuh bersejarah.
Itulah yang terjadi kepada pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick dos Santos apabila terpaksa melepaskan detik penting dalam keluarganya kerana komitmen bersama Harimau Malaya.
Menurut perkongsian pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam, Endrick terlepas detik penting dalam keluarganya apabila isterinya telah selamat melahirkan anak di negara kelahiran mereka iaitu Brazil.
Menurut perkongsiannya di X (Twitter), cahaya mata yang lahir itu adalah yang kedua mewarnai keluarga Endrick dan isterinya.
Baca Lagi: [VIDEO] Mesej jelas Darren Lok kepada lawan HM di Qatar, ‘Kami datang untuk bertempur’
Endrick kini bersama-sama skuad Harimau Malaya di Qatar untuk bertarung dalam Piala Asia 2023 dengan pemain tersebut berpotensi menjadi watak penting buat pasukan kebangsaan.
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dijangka membantu barisan serangan dalam mencari gol menentang Jordan, Bahrain serta Korea Selatan dalam perjalanan Malaysia mengharungi kumpulan E di Piala Asia.
Ini adalah pengorbanan besar dilakukan oleh seorang pemain bola sepak. Diharap, ia akan dibalas dengan kejayaan setimpal buat Endrick serta Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram