RTM siarkan perlawanan Piala Asia tapi ramai risau cuma siaran tertunda


  • Podium
  • Rabu, 03 Jan 2024

Aksi skuad Harimau Malaya dapat disaksikan di saluran RTM. — Facebook/FAM

BERITA mengenai saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan kejohanan Piala Asia 2023 telah pun diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Rabu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi, dia mengatakan RTM akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Qatar dengan ia tidak terhad kepada persembahan skuad Malaysia semata-mata.

Sebaliknya, akan ada perlawanan-perlawanan lain dengan dijangka aksi melibatkan jaguh seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi turut disiarkan.

Dengan adanya RTM selaku penyiar, ia sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada ramai rakyat Malaysia kerana tidak semua melanggan stesen televisyen berbayar seperti Astro.

"ALHAMDULILLAH, terima kasih. Terbaik," kata penyokong bernama Nur Ain Omar.

"ALHAMDULILLAH syukur. Saya tak langgan pun pek sukan di Astro. Terima kasih Fahmi Fadzil dan kerajaan perpaduan," ujar Syah Dzol.

"Terbaik RTM," komen Basri Bacho.

BACA LAGI: 'Piala Asia kot', pemain ke-12 HM tanya mana skrin besar, bengang isu berbangkit sekat 'hype' Qatar

Namun begitu, timbul kerisauan dalam kalangan penyokong yang RTM tidak akan memberikan siaran langsung seperti diharapkan terutamanya ketika perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Hal ini kerana, RTM sering dikenali dengan terma "siaran tertunda". Oleh itu, ada penyokong yang berasa risau perlawanan melibatkan Malaysia akan berstatus sedemikian dan bukannya "siaran langsung".

"Terbaik! Tapi janganlah sampai jiran dah update gol 10 minit, kami baru dapat tengok," kata penyokong bernama Fadzlie Mohd Fadzil.

"Mesti bukan siaran langsung. Kalau siaran langsung, dia (Fahmi) mesti dah sebut kuat-kuat perkataan live tu," ujar Mukhlis Hakim.

"Jangan jadi macam Piala AFF sebelum ni, siaran mula selepas 30 minit perlawanan berlangsung," komen Shafidzul Hafiz.

416157465_1070932987313270_2605648300534287970_n

Skuad Harimau Malaya kini giat menjalani latihan sebelum Piala Asia bermula. — Facebook/FAM

Pelbagai andaian yang dikeluarkan oleh penyokong berdasarkan pengalaman lalu RTM sebagai penyiar. Mungkin dalam masa beberapa hari, pihak RTM akan mengeluarkan jadual siaran mereka.

Mungkin perlawanan berstatus siaran tertunda itu ada tetapi biarlah melibatkan pasukan lain. Apabila melibatkan Harimau Malaya, biarlah semuanya disiarkan secara langsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram