Shaheeswaran disamakan bintang Man United, diberi sebab lebih kerap tampil berbanding Bryan See


  • Podium
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Shaheeswaran lebih kerap dipilih sebagai kesebelasan utama selepas mempamerkan memberangsangkan. — Facebook/Perak FC

KESILAPAN yang dilakukan penjaga gol muda Perak FC, T Shaheeswaran ketika pasukannya berdepan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Ahad lalu pastinya sukar dilupakan.

Dia yang dilihat terlalu kasual ketika mengawal hantaran daripada rakan sepasukan pada minit ke-35 permainan memberi peluang keemasan buat penyerang skuad Harimau Selatan, Bergson da Silva untuk menjaringkan gol.

Jaringan berkenaan menyaksikan tuan rumah memiliki kelebihan tiga gol pada separuh masa pertama dengan benteng pertahanan skuad The Bos Gaurus (TBG) gagal menyekat serangan demi serangan yang dibuat.

Kedudukan itu tidak menghalang JDT daripada terus melakukan asakan apabila mereka menggegarakn gawang Perak FC dua kali pada babak kedua, sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 5-0.

Perhatian penyokong skuad TBG pastinya diberikan terhadap Shaheeswaran yang jelas bergelut untuk menampilkan aksi terbaik ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

366269576_300687072511675_1384307615910406920_n

Kecemerlangan Shaheeswaran menyaksikan Bryan See lebih kerap diletakkan di bangku simpanan. Facebook/Perak FC

Di samping kesilapan besar itu, penjaga gawang 23 tahun berkenaan juga seperti tenggalam sepanjang 90 minit permainan apabila tidak memberi arahan kepada rakan sepasukan.

Bagaimanapun, kritikan yang diberikan ke arahnya tidak berpanjangan apabila sebahagian besar peminat setia Perak FC tampil mempertahankan persembahannya.

Menerusi tinjauan di media sosial, Majoriti mendapati netizen berasakan adalah tidak adil untuk menilai potensi pemain pinjaman itu berdasarkan kesilapannya itu sahaja.

Tidak cukup dengan itu, seorang penyokong skuad TBG menerusi akaun Facebook Info Bolasepak Perak tampil memberikan penjelasan mengenai peranannya di atas padang.

"Shaheeswaran ni admin tengok macam penjaga gol baharu Manchester United, (Andre) Onana. Dia jenis penjaga gawang yang akan cuba mengejar bola.

"Tapi, pendekatan itu kadang-kadang makan diri. Ada sebab YCL (Yusri Che Lah) lebih gemar meletakkannya berbanding Bryan See," tulisnya.

LAS VEGAS, NEVADA - JULY 30: Goalkeeper Andre Onana of Manchester United during the pre-season friendly match between Manchester United and Borussia Dortmund at Allegiant Stadium on July 30, 2023 in Las Vegas, Nevada. (Photo by Matthew Ashton - AMA/Getty Images)

Onana dikenali dengan peranannya sebagai penjaga gol yang akan keluar untuk mendapatkan bola. Agensi

Berdasarkan pemerhatian mengenai taktikal Perak FC musim ini, mereka cukup gemar untuk menghantar bola ke barisan pertahanan untuk mengganggu struktur pasukan lawan.

Meskipun pendekatan itu dilihat cukup berisiko, percaturan berkenaan sedikit sebanyak membolehkan skuad TBG kembali berada di landasan untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

"Jadi, dia (Yusri) perlukan penjaga gol yang boleh mengawal bola dan melakukan permainan secara terbuka. Cuma, dia ni kurang berpengalaman sedikit.

"Apa-apa pun, harapnya penyokong segera melupakan kesilapannya sebelum ini sekiranya Shaheeswaran diturunkan dalam perlawanan akan datang," tulisnya lagi.

Pemain dengan ketinggian 1.81 meter itu sebelum ini tiba secara pinjaman dari Negeri Sembilan FC dalam usaha pihak kejurulatihan skuad TBG untuk meringankan beban dipikul Bryan See.

Tetapi, sejak menampilkan potensi memberangsangkan ketika debutnya April lalu, Shaheeswaran diberikan peluang untuk beraksi dengan lebih kerap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram