[VIDEO] Bahana reka bentuk gelongsor aneh, pemuda hampir patah pinggang


  • Tular
  • Jumaat, 28 Jul 2023

Tangkap layar kejadian seorang pemuda melambung dan terhentak belakangnya ketika bermain gelongsor air di sebuah taman tema.

TULAR video memaparkan seorang lelaki dipercayai mengalami kecederaan parah selepas bermain gelongsor air di sebuah taman tema baru-baru ini.

Video yang dimuat naik di laman Twitter @Heraloebss pada Jumaat memaparkan lelaki berkenaan sedang bermain gelongsor air bersama rakan-rakannya.

Namun nasib tidak menyebelahi lelaki malang tersebut apabila dia dilihat melambung dan terhentak belakangnya terlebih dahulu ketika mendarat sekali gus menyebabkan dia pengsan.

Menyedari keadaan itu, beberapa orang rakannya yang lain segera membantu dan membawanya naik ke atas.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku.

Kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara dan video berkenaan dimuat naik turut disertakan dengan peringatan untuk berjaga-jaga apabila melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui terkejut melihat rekaan gelongsor air yang terlalu curam dan tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang baik.

"Siapa yang buat model (gelongsor air) seperti itu?" tanya Alif.

"Kenapa model gelongsor airnya boleh direka begitu? Model yang bahaya bagi sesiapa yang menggunakannya. Terjun dari atas tapi tak masuk dalam air kolam langsung.

"Semoga tidak ada kecederaan pinggang, atau patah tulang pinggul," tulis beautiful ocean.

"Lekukkan gelongsornya bahaya, dengan curam pula tu," komen Kayana Duris. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram