Dah ada bek muda kental, masalah 'cinggey' antara punca fans Sang Kenari tolak Rizal Ghazali kembali ke Darul Aman


  • Podium
  • Sabtu, 10 Jun 2023

Rizal dikhabarkan akan menyertai KDA FC semula pada jendela perpindahan kedua. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

BARU-BARU industri bola sepak tanah air dikejutkan dengan kontroversi melanda pemain bek kanan The Rhinos, Rizal Ghazali yang dipercayai mengasari teman wanitanya dikenali sebagai Dr Hana Rose.

Hasil siasatan mendapati insiden yang berlaku di sebuah hotel Petaling Jaya, Selangor pada Rabu itu terjadi akibat perselisihan faham dalam hubungan cinta antara kedua-duanya sehingga berlaku perkara tidak diingini.

Dalam satu hantaran di Instagram, wanita yang bekerja sebagai doktor estetik itu berkongsi satu laporan polis mengenai dakwaan pemain bola sepak berkenaan memukul dahi, mencekik leher dan menggigit lengan kiri dan kanannya.

Meskipun laporan polis sudah dilakukan, namun bek kental Sabah FC itu seperti tidak terkesan dengan tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, kontroversi tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan reputasi pemain kelahiran Baling, Kedah itu terutamanya dari kaca mata peminat.

Dalam kekecohan yang melanda pemain berusia 31 tahun itu, muncul khabar angin di laman Penyokong Kedah Darul Aman menyatakan bekas pertahanan Sang Kenari tersebut dijangka pulang menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada jendela perpindahan kedua.

Bagaimanapun, rata-rata penyokong skuad Hijau Kuning dilihat kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Selain didakwa terpalit dengan masalah wanita yang dikhuatiri boleh mengganggu prestasi permainannya, mereka turut membandingkannya dengan pemain muda KDA FC, Kamil Akmal Abd Halim yang disifatkan lebih agresif dan mampu menjejaskan permainan lawan.

Persembahan Kamil ketika berdepan skuad Jang menerima pujian penyokong Hijau Kuning. Facebook/Kedah Darul Aman FC

"Dulu berlagak sangat nak blah (keluar) dari Kedah, lani (sekarang) pandai-pandailah Jai (panggilan Rizal)...masa Kedah jatuh, korang (anda) lari tinggal Kedah terkontang-kanting.

"Bila Kedah naik, baru teringat jalan nak balik Kedah. Kasihan kepada Tan Sri (Tan Sri Mohd Daud Bakar) sebab harap lejen (legenda) akan balik ke Kedah untuk musim ini, tup..tup..sambung dengan Sabah," tulis Mohamad Nizam.

"Bab defending dia (Rizal) okay, tapi first touch lebih pilih Kamil," kata Poklong Kenari.

"Bagi aku Kamil lagi menyerlah, bagi peluang pada Kamil, skil pun ada," ujar Muhamad Amir.

"Kamil lebih mantap, (apatah lagi dia) masih muda," tulis Azhar Hamid. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram