Kedah terlepas khidmat Cifu, ex-TRW kini sandaran hidupkan 'midfield' The Rhinos


  • Podium
  • Selasa, 06 Jun 2023

Cifu mempunyai pengalaman dalam liga Sepanyol dengan menyertai beberapa pasukan besar di La Liga. — Instagram

SABAH FC pada Selasa mengumumkan penyertaan bekas pemain import baharu The Red Warrior (TRW), Miguel Angel Garrido Cifuentes ke dalam skuad The Rhinos bagi memperkukuhkan lagi pasukan.

Lebih dikenali sebagai Cifu dalam kalangan peminat bola sepak, pemain berasal dari Sepanyol itu dilihat mempunyai kebolehan untuk bermain di bahagian sayap kanan, bek kanan dan tengah.

Keputusan itu adalah langkah tepat yang diambil ekoran peminat mula menyuarakan keresahan mereka apabila skuad Sabah FC mempamerkan mutu persembahan yang agak goyah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Manakala dalam saingan Liga Super, persembahan Sabah dikatakan kurang konsisten dengan dua kekalahan dicatatkan dalam perlawanan terdahulu, sekali gus meletakkan pasukan itu kini di kedudukan kelima liga dengan 24 mata.

Cifu dikatakan mampu membantu skuad The Rhinos memperkukuhkan lagi pasukan.

Menjengah ke ruangan komen di Facebook Sabah Football Club, rata-rata peminat menyokong keputusan membawa masuk pemain serba boleh itu ke dalam skuad.

Ini kerana pemain berusia 33 tahun yang sudah beraksi sebanyak 10 kali dalam kesebelasan utama Liga Super musim ini bermain dengan cukup baik apabila dia sudah mula menunjukkan aksi yang cemerlang.

Meskipun baharu sahaja menyertai kancah Liga M, Cifu tidak menunggu lama menarik perhatian penyokong fanatik bola sepak negara kerana prestasi yang ditunjukkan dalam setiap perlawanan.

Tambahan pula, pemain berketinggian 173 sentimeter itu turut dianggap sebagai tonggak utama dalam skuad kendalian Frank Bernhardt sebelum ini.

Sepanjang penampilannya dalam Liga Super musim ini, dia sudah merekodkan empat gol serta satu bantuan jaringan.

Menurut Muhammad Ameen, Cifu merupakan antara pemain yang profesional ketika berada dalam Kelantan FC.

"Best signing untuk Sabah. Cifu antara pemain yang profesional, walaupun Kelantan dalam masalah dia tetap main macam pasukan tiada masalah. Sepuluh pemain yang lain pun boleh tenggelam dengan kerajinan dia..Good Luck Cifu," katanya.

"Laju buat kerja ni padahal lagi sebulan lagi pintu perpindahan kedua dibuka, boleh training awal bentuk keserasian," tulis Syam Along. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram